Laporan: PAS gagal kemuka calon baharu pengerusi PN?

January 23, 2026 · Politik

Kegagalan PAS menamakan calon bagi jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menguatkan jangkaan Muhyiddin Yassin akan terus kekal mengetuai gabungan itu, meskipun sebelum ini wujud desakan supaya kepimpinan PN beralih tangan.

Portal SuaraTV melaporkan sumber dalaman PAS mendedahkan kelewatan parti itu mengemukakan calon sendiri telah meletakkan mereka dalam keadaan serba salah, sekali gus membuka ruang kepada Bersatu untuk terus memegang jawatan tertinggi dalam PN.

“Sebelum ini PAS bersungguh-sungguh mahu mengetuai PN dan Muhyiddin sudah pun meletakkan jawatan.

“Tetapi apabila peluang itu ada, PAS pula tidak bertindak pantas,” kata sumber itu.

Menurutnya, situasi itu mencetuskan naratif bahawa PAS ketandusan tokoh yang benar-benar bersedia untuk memimpin gabungan besar seperti PN.

“Akhirnya, orang akan jangka Muhyiddin juga yang kekal. Ini sangat mengecewakan,” katanya lagi.

Isu ini menjadi semakin rumit apabila beberapa parti komponen PN dilihat lebih cenderung kepada kepimpinan daripada Bersatu.

Jika MIC menyertai PN, sokongan terhadap calon daripada PAS dijangka menjadi lebih tipis.

“Majoriti parti komponen mahukan kesinambungan. Jika kita tidak tegas dan bijak, Bersatu akan terus mendahului,” ujar sumber itu.

Sebelum ini, beberapa nama daripada PAS disebut-sebut sebagai calon berpotensi, namun tiada pengesahan rasmi dibuat.

Minggu lalu, kepimpinan tertinggi PAS mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin, yang dipercayai bertujuan memuktamadkan isu pelantikan pengerusi, sekali gus mengundang persoalan sama ada perubahan kepimpinan benar-benar akan berlaku.

Sumber PAS turut berpandangan parti itu perlu membuat keputusan jelas, sama ada memimpin PN atau bergerak solo.

“Kalau terus bertelagah, lebih baik fokus sendiri. Lepas PRU16, barulah runding semula,” katanya.

Muhyiddin dijadual mengadakan pertemuan dengan Hashim Jasin di Perlis hari ini, dengan perbincangan dipercayai menyentuh soal kepimpinan PN dan perkembangan politik semasa negeri itu.

Berita berkaitan
Bersatu bimbang mesyuarat khas MT PN berdepan risiko undang-undang
15 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
21 jam lalu· Politik
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
21 jam lalu· Politik
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
21 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Padan muka MCA hanya diberi dua kerusi di Melaka: PKR
13 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PKR tawar 30 peratus calon wanita
21 jam lalu · Politik
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
October 24, 2026 · Politik
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
October 24, 2026 · Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
October 24, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok