Masjid bukan medan politik, titah Sultan Selangor

January 28, 2026 · Isu semasa

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah nazir serta ahli jawatankuasa masjid dan surau di negeri ini dilarang terlibat atau memegang sebarang jawatan politik kerana perbuatan itu boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan ahli kariah.

Baginda bertitah, masjid dan surau mesti kekal sebagai pusat ibadah, dakwah serta penyatuan ummah, bukannya dijadikan platform untuk kepentingan politik kepartian.

“Beta sama sekali tidak membenarkan ahli politik berselindung di sebalik ceramah agama dan menggunakan masjid atau surau untuk agenda politik masing-masing,” titah baginda.

Titah tersebut disampaikan ketika Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan kepada 850 nazir dan imam masjid seluruh Selangor di Istana Alam Shah.

Selangor ketika ini mempunyai lebih 400 masjid dan ratusan surau yang menjadi nadi kegiatan keagamaan serta sosial masyarakat Islam setempat.

Menurut Sultan Selangor, jawatan nazir dan imam bukan kedudukan untuk direbut, sebaliknya satu amanah besar yang akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT.

“Beta tidak mahu orang Melayu berpecah-belah hanya kerana gilakan jawatan dan tamakkan kuasa,” tegas baginda.

Baginda turut mengingatkan agar pengurusan masjid dan surau menjauhi budaya fitnah serta penyebaran tohmahan, khususnya melalui media sosial.

“Jangan menyebarkan berita tidak benar atau memutarbelitkan fakta kerana perkara ini boleh mencetuskan perbalahan dalam masyarakat,” titah baginda sambil menegaskan bahawa fitnah merupakan dosa besar dalam Islam.

Dalam aspek pentadbiran, Sultan Selangor memberi peringatan supaya pengurusan kewangan masjid dan surau dilaksanakan dengan penuh amanah, telus dan berintegriti.

“Wang masjid adalah hasil sumbangan orang ramai dan hendaklah digunakan untuk manfaat umat Islam mengikut hukum syarak,” titah baginda, sambil menegaskan sebarang penyelewengan tidak akan dikompromi.

Selain itu, baginda menyeru imam agar bukan sahaja berilmu, malah mampu menjadi pemimpin masyarakat, pendamai dan penggerak perpaduan.

“Imam dan nazir perlu menjaga akhlak dan imej kerana mereka mencerminkan institusi masjid,” titah baginda.

Sultan Selangor turut memuji usaha Jawatankuasa Khutbah MAIS serta kejayaan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menarik lebih 100,000 pelawat sepanjang 2025, sekali gus membuktikan masjid mampu berperanan sebagai pusat ibadah dan tarikan pelancongan Islam.

Berita berkaitan
Tuanku Muhriz titah Ismail teruskan tugas MB seperti biasa: Laporan
November 18, 2026· Politik
Politik identiti perlu bina keyakinan, bukan cetus kebencian: Prof Mohd Afandi
November 17, 2026· Isu semasa
Anwar tegaskan tidak akan tunduk desakan politik kaum
November 14, 2026· Politik
MCMC siasat akaun Facebook hina Sultan Selangor
November 3, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
8 jam lalu · Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
8 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
10 jam lalu · Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
10 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
9 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok