Saifuddin: Maklumat siasatan kes serangan anak Rafizi tidak boleh didedah

January 28, 2026 · Isu semasa

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, menjelaskan tidak dapat mendedahkan secara terbuka maklumat tertentu berkaitan siasatan dalang serangan terhadap anak Rafizi Ramli kerana ia boleh menjejaskan siasatan yang sedang berjalan.

Perkara itu dimaklumkan dalam jawapan bertulis di Parlimen susulan pertanyaan Ahli Palrimen Pandan itu yang meminta pengesahan terbuka berhubung maklumat siasatan yang telah dikongsi secara peribadi pada 1 Disember lalu.

Menurut Saifuddin, pendedahan awal boleh menyukarkan pihak berkuasa menjejaki suspek dan berisiko terhadap keselamatan saksi utama.

“Sebarang pendedahan pada peringkat ini berpotensi menjejaskan keupayaan pihak berkuasa untuk menyelesaikan siasatan secara menyeluruh. Oleh itu, permintaan tersebut tidak dapat dipenuhi,” katanya.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan siasatan dijalankan secara profesional dan keadilan akan ditegakkan tanpa sebarang kompromi.

“Sebarang perkembangan yang boleh didedahkan kepada orang ramai tanpa menjejaskan siasatan akan dimaklumkan melalui kenyataan rasmi kementerian atau pihak polis pada masa yang sesuai,” katanya.

Kes ini menarik perhatian ramai selepas anak lelaki Rafizi yang berusia 12 tahun diserang di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada 13 Ogos lalu.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan dua lelaki mengekori kenderaan isteri Rafizi dengan motosikal sebelum kanak-kanak itu diseret dan disuntik menggunakan jarum suntikan.

Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan, manakala suspek berjaya melarikan diri.

Rafizi sebelum ini menyifatkan kejadian itu sebagai satu serangan terancang dan mendakwa isterinya mungkin telah diperhatikan selama beberapa hari sebelum insiden berlaku.

Beliau turut mengaitkan serangan tersebut dengan siasatan yang sedang dilakukannya selepas bertemu sekumpulan pemberi maklumat seminggu sebelum kejadian.

Menurut Rafizi, isterinya juga menerima satu mesej ugutan berbunyi, “Diam andai teruskan, AIDS”, yang menimbulkan kebimbangan serius terhadap keselamatan keluarganya.

Berita berkaitan
Maszlee tawar agenda baharu demi Johor, kerajaan negeri seiring dengan persekutuan
18 jam lalu· Politik
Kerajaan masih perhalusi cadangan tangani isu Rohingya
June 26, 2026· Isu semasa
226 pegawai SPRM dikenakan tindakan tatatertib sejak 2021
June 26, 2026· Isu semasa
Malaysia terus kukuh antara negara paling aman dunia
June 25, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Sasar 5,010 peserta sertai latihan AI di NADI seluruh negara: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perkasa bantuan guaman syarie dengan peruntukan baharu RM1.5 juta: PMX
15 jam lalu · Isu semasa
Portal rasmi KKM diserang penggodam
18 jam lalu · Isu semasa
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
June 26, 2026 · Isu semasa
‘Kesejahteraan Dinikmati’ jadi tema sambutan Hari Kebangsaan: Fahmi
June 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok