Pembinaan rumah ibadat perlu mengikut lunas perundangan, titah Agong

February 11, 2026 · Isu semasa

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menggesa semua pihak perlu mematuhi undang-undang negara, khususnya dalam isu penggunaan tanah dan pembinaan rumah ibadat, bagi memastikan keharmonian masyarakat berbilang agama terus terpelihara.

Menerusi satu hantaran di Facebook, baginda menekankan pembinaan kuil perlu melalui proses perundangan yang sama seperti pembinaan masjid, gereja dan tokong.

“Saya menasihatkan semua pihak agar sentiasa mematuhi undang-undang bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini serta menjaga ketenteraman awam,” titah baginda.

Baginda turut mengimbas pengalaman pada Januari 2018 ketika membantu menyelesaikan isu perobohan sebuah kuil di Johor secara aman dan berlandaskan undang-undang.

Menurut baginda, pendekatan dialog dan pematuhan peraturan menjadi kunci mengelakkan konflik berpanjangan.

Sultan Ibrahim menegaskan Islam mengajar prinsip saling menghormati antara manusia tanpa mengira agama.

“Islam tidak menghalang penganut agama lain mengamalkan kepercayaan serta ibadat masing-masing. Dalam masa sama, penganut agama lain juga wajar menghormati Islam,” titah baginda.

Malaysia sejak merdeka dibina atas asas kepelbagaian kaum dan agama, dengan Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan beragama sambil meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Isu rumah ibadat sering menjadi sensitif sekiranya tidak diurus mengikut saluran undang-undang serta semangat toleransi.

Sehubungan itu, baginda menegaskan sebarang pertikaian berkaitan pembinaan rumah ibadat perlu diselesaikan melalui saluran sah dan bukannya sentimen awam.

“Pendekatan saling menghormati penting bagi mengelakkan salah faham, ketegangan dan provokasi serta memperkukuh perpaduan rakyat,” titah baginda.

Baginda juga mengingatkan isu agama tidak seharusnya dipolitikkan kerana boleh menjejaskan perpaduan dan kestabilan negara.

Baginda menegaskan setiap rakyat bertanggungjawab memelihara nilai hormat-menghormati, toleransi serta kepatuhan kepada undang-undang demi kepentingan bersama.

Berita berkaitan
Kuasa pengampunan Agong tidak boleh dicabar: AGC
18 jam lalu· Politik
Aktivis anak muda akan turun berhimpun, mahu tahanan rumah Najib digantung
November 20, 2026· Politik
Guan Eng: Hannah Yeoh patuh titah Agong, tidak tunduk tekanan
November 20, 2026· Politik
Anwar: Dokumen tahanan rumah Najib mungkin sudah dinyahklasifikasi
November 19, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
8 jam lalu · Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
8 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
9 jam lalu · Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
10 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
8 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok