Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
PAS bersedia tampil sebagai orang tengah bagi meredakan kemelut dalaman Bersatu yang tercetus susulan pemecatan timbalan presidennya, Hamzah Zainuddin.
Langkah itu dilihat penting bagi memastikan masa depan Perikatan Nasional (PN) kekal stabil menjelang cabaran politik akan datang.
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata beliau telah menerima kunjungan wakil kedua-dua pihak, termasuk Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, dalam pertemuan berasingan baru-baru ini bagi mendengar penjelasan masing-masing.
“Masing-masing ada hujah, saya dengar dan kita hendak selesaikan. Yang penting kita hendak selamatkan Perikatan Nasional dahulu,” katanya dipetik laporan media.
Menurut Hadi, PAS berpandangan PN hanya mampu mengambil alih pentadbiran negara sekiranya semua komponen dalam gabungan itu kekal bersama dan bergerak sehaluan.
“Kalau kita mahu ambil alih kerajaan, semua pihak dalam PN mesti bersama. Tak boleh ada perpecahan,” ujarnya.
Beliau memaklumkan satu mesyuarat PAS akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu kedudukan Ketua Pembangkang serta jawatan Pengerusi PN yang masih belum diputuskan.
“Kita akan bincang dalam mesyuarat PAS sekali dengan Pengerusi PN. Ketua Pembangkang belum ada keputusan lagi,” katanya.
Krisis Negeri Sembilan isyarat jelas UMNO mahu bertanding solo PRU-16: Rafizi
Spekulasi ADUN UMNO kembali jadi Exco disangkal Jalaluddin
Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa, isu adat tak dicampuri: Fahmi
Kamil nafi beri layanan seperti ‘lembu’ didakwa Akmal
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan