Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh.
PKR hanya akan mengambil sebarang tindakan terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sekiranya terdapat aduan rasmi dikemukakan kepada parti itu.
Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, berkata prosedur parti jelas menetapkan sebarang isu disiplin perlu melalui saluran yang betul sebelum tindakan boleh diambil dan perkara itu mesti dirujuk kepada Lembaga Disiplin PKR untuk dinilai secara telus dan adil.
“Kalau ada aduan rasmi, ia perlu disalurkan kepada Lembaga Disiplin. Lembaga itu yang akan meneliti dan menentukan tindakan sewajarnya,” katanya dipetik laporan media.
Kenyataan itu hadir susulan penyertaan Rafizi dalam Himpunan Tangkap Azam Baki di Kuala Lumpur, Ahad lalu.
Perhimpunan aman tersebut turut disertai beberapa pemimpin PKR termasuk Nik Nazmi Nik Ahmad, Wong Chen dan Rodziah Ismail.
Dalam ucapannya pada himpunan berkenaan, Rafizi secara terbuka mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, supaya dipecat susulan kontroversi berkaitan pemilikan saham yang sebelum ini menjadi perhatian umum.
Isu berkenaan kembali mencetuskan perdebatan politik apabila beberapa pihak mempersoalkan pendirian pemimpin parti kerajaan dalam menyertai perhimpunan tersebut.
Namun, Fuziah menegaskan PKR berpegang kepada prinsip proses dalaman parti dan tidak akan bertindak berdasarkan spekulasi semata-mata.
Buat masa ini, tiada pengesahan sama ada sebarang aduan rasmi telah dikemukakan terhadap Rafizi.
Anwar nafi ada arahan halang masuk kawasan FELDA
Anwar ingatkan jentera PH jangan sombong hadapi pengundi Johor
SPR jual 553 borang calon menjelang hari penamaan PRN Johor
Samsuri pula sahkan rundingan kerusi dengan UMNO di Johor gagal
PAS kempen calon sendiri sahaja, tidak bantu Bersatu di Johor: Hadi
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar