Bekas Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker.
Langkah DAP mengumumkan kongres khas pada 12 Julai ini bagi menentukan sama ada wakilnya dalam Kabinet perlu meletak jawatan disifatkan sebagai strategi politik semata-mata, bukannya petanda parti itu akan benar-benar meninggalkan kerajaan.
Bekas Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker berkata, langkah tersebut bukan sesuatu yang luar biasa dalam landskap politik tempatan dan pengumuman seperti itu lazimnya bertujuan meredakan tekanan dalaman dan menghantar isyarat kepada penyokong.
“Bila umum kongres khas untuk tentukan kekal atau tidak dalam kerajaan, memang nampak besar dan dramatik.
“Tapi skrip ini bukan baharu. Selalunya berakhir dengan keputusan untuk terus kekal,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dilaporkan berkata kongres khas itu akan menjadi semacam ‘referendum’ dalaman bagi membolehkan perwakilan menentukan hala tuju parti.
Namun beliau menegaskan walaupun keputusan menarik diri daripada peranan eksekutif dibuat, 40 Ahli Parlimen DAP tetap akan menyokong kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim sehingga pilihan raya umum akan datang.
Mengulas lanjut, Lian Ker berkata realiti politik menjadikan ancaman keluar kerajaan lebih mudah diungkap berbanding dilaksanakan.
Katanya, apabila parti sudah berada dalam kerajaan dan memegang jawatan Kabinet serta terlibat dalam pembentukan dasar dan belanjawan, kos untuk kembali menjadi pembangkang amat tinggi.
“Pembangkang mungkin ada kejelasan moral, tetapi hampir tiada pengaruh dan sumber. Parti yang sudah berada dalam kerajaan faham risiko ini,” ujarnya.
Sebagai latar belakang, MCA sendiri pernah berdepan situasi hampir sama apabila presidennya ketika itu, Wee Ka Siong menyatakan mesyuarat agung parti akan menentukan kedudukan dalam kerajaan dan Barisan Nasional. Namun akhirnya, parti itu kekal.
Menurut Lian Ker, kebanyakan undian ‘kekal atau keluar’ sebenarnya adalah konsensus yang sudah dijangka.
“Ia lebih kepada melepaskan tekanan dalaman, bukan mengubah hala tuju strategik,” katanya.
Onn Hafiz nafi dakwaan Puad, UMNO Johor buat laporan polis
PRN Johor: Agihan kerusi, isu logo BN jadi punca rundingan UMNO-PAS buntu
“Onn Hafiz pak turut, UMNO Johor boneka terikat,” Puad umum keluar UMNO
Puad diminta bertenang, Mat Maslan minta fokus bantu hadapi PRN Johor
PRN Johor: Bekas ADUN Bersatu calon BN di Endau, Onn Hafiz kekal di Machap
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar