Speaker masih tunggu notis ganti Ketua Pembangkang baharu

February 24, 2026 · Politik

Kedudukan Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat kekal setakat ini selepas Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, memaklumkan belum menerima sebarang notis rasmi mengenai pertukaran jawatan berkenaan.

Menurut Johari, sebarang perubahan hanya akan diumumkan selepas menerima pemakluman bertulis daripada blok pembangkang.

“Status quo. Selagi tiada hitam putih, tiada apa yang boleh diumumkan. Saya masih menunggu,” katanya selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Parlimen bersama Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini yang memaklumkan hasrat untuk menukar Ketua Pembangkang.

Ahad lalu, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, dilaporkan berkata PAS akan mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang dan nama calon akan diumumkan dalam masa terdekat.

Keputusan itu didakwa dipersetujui dalam Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN.

Isu pertukaran kepimpinan pembangkang timbul susulan krisis dalaman Parti Bersatu yang menyaksikan Hamzah, bekas timbalan presiden parti itu, dipecat keahlian.

Perkembangan tersebut mencetuskan desakan daripada beberapa pihak dalam parti supaya jawatan Ketua Pembangkang disemak semula.

Secara amalan, pelantikan Ketua Pembangkang perlu dipersetujui secara konsensus oleh Ahli Parlimen blok pembangkang, bukan ditentukan oleh satu parti sahaja.

Dalam komposisi semasa, PAS mempunyai 43 kerusi Parlimen manakala Bersatu memiliki 25 kerusi, namun parti itu kini berdepan perpecahan dalaman antara kem yang menyokong presidennya, Muhyiddin Yassin, dan kumpulan yang berpihak kepada Hamzah.

Berita berkaitan
Krisis NS: Muhyiddin serah kepada pemimpin atasan PN beri penjelasan
April 28, 2026· Politik
Zahid beri bayangan tiada kerjasama dengan PN di Negeri Sembilan?
April 27, 2026· Politik
PAS sasar kerusi Muar, mahu singkirkan Syed Saddiq
April 27, 2026· Politik
Azmin dicadang kembali terajui PN Selangor
April 26, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi dipanggil ke SPRM pada Isnin beri keterangan
2 jam lalu · Politik
Kenyataan tiga sayap hanya pandangan, pendirian parti kekal sokong kerajaan NS: Zahid
2 jam lalu · Politik
UMNO berpendirian sebarang program hiburan perlu ada batas: Zahid
2 jam lalu · Politik
Tiada perubahan kepimpinan Negeri Sembilan, Aminuddin kekal MB: PMX
22 jam lalu · Politik
Konsert Air di Melaka tanpa DJ, Akmal gesa program di Bukit Bintang dihentikan
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok