Projek klinik kesihatan dan sekolah baharu bakal ubah wajah Lembah Pantai: Fahmi

March 8, 2026 · Isu semasa

Penduduk di kawasan Lembah Pantai dijangka menikmati kemudahan awam yang lebih baik apabila beberapa projek infrastruktur baharu termasuk sebuah klinik kesihatan dan sekolah rendah akan dibangunkan dalam masa terdekat.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, pembinaan klinik kesihatan baharu itu dijangka menelan kos sekitar RM60 juta dan dirancang dibina di kawasan Pantai Central Park bagi memperkukuh perkhidmatan kesihatan kepada penduduk setempat.

Menurutnya, klinik tersebut akan menawarkan kemudahan yang lebih besar dan lengkap berbanding Klinik Kesihatan Tanglin yang kini menjadi rujukan utama penduduk kawasan itu.

“Penduduk memang menantikan kemudahan ini kerana lokasinya lebih dekat. Skala perkhidmatan yang dirancang juga lebih besar dan mampu menampung keperluan komuniti yang semakin bertambah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis tadarus dan khatam al-Quran di Masjid Ar-Rahah.

Selain kemudahan kesihatan, satu lagi projek penting ialah pembinaan sekolah rendah baharu bagi menangani isu kesesakan murid di beberapa sekolah sedia ada di kawasan tersebut.

Sekolah baharu yang akan dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Seri Pantai itu akan dibina di tapak lama Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai dan dijangka mempunyai 36 bilik darjah.

“Sekolah ini diharap dapat mengurangkan kesesakan murid sekurang-kurangnya di dua sekolah rendah sekitar Lembah Pantai,” katanya.

Lembah Pantai merupakan antara kawasan bandar yang pesat membangun di Kuala Lumpur dengan kepadatan penduduk yang semakin meningkat setiap tahun.

Keadaan itu menyebabkan keperluan terhadap kemudahan awam seperti sekolah dan pusat kesihatan menjadi semakin mendesak.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut meneliti cadangan pembangunan semula Bazaria Pantai bagi meningkatkan keselesaan kepada peniaga serta pengunjung.

Fahmi berkata perancangan itu masih diperhalusi kerana lokasi berkenaan juga berkait dengan cadangan pembinaan laluan MRT3 Circle Line.

“Dua konsep reka bentuk sedang dipertimbangkan termasuk model bangunan bertingkat yang menggabungkan elemen pusat transformasi bandar, parkir bertingkat serta ruang gerai yang lebih luas dan selesa,” katanya.

Beliau menambah perbincangan lanjut dengan pihak berkaitan dijangka berlangsung dalam masa terdekat sebelum keputusan muktamad dibuat.

Berita berkaitan
Kapal bantuan Gaza dipintas, Malaysia kecam tindakan tentera Zionis: Fahmi
1 jam lalu· Isu semasa
Pengesahan identiti pengguna: Penyedia platform media sosial beri kerjasama positif
7 jam lalu· Isu semasa
Acara rasmi kerajaan dikecilkan, pastikan perbelanjaan berhemah: Fahmi
April 29, 2026· Isu semasa
Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa, isu adat tak dicampuri: Fahmi
April 29, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Ebit Lew diperintah bela diri kes gangguan seksual
1 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan usaha bebaskan aktivis GSF, PMX rayu keluarga terus kuat
1 jam lalu · Isu semasa
Penjimatan kerajaan fokus belanja tidak kritikal, tak termasuk kesihatan dan pendidikan: MOF
7 jam lalu · Isu semasa
Misi Flotilla Gaza 2.0: 10 warga Malaysia disahkan terputus hubungan
7 jam lalu · Isu semasa
Wanita didakwa sebar berita palsu harga minyak: MCMC
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok