Lembaga disiplin JPA teliti laporan isu saham Azam Baki

March 10, 2026 · Isu semasa

Lembaga Disiplin Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dijangka bermesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti laporan siasatan berkaitan isu pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.

Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar, berkata sudah menerima laporan daripada Jawatankuasa Khas Siasatan yang dipengerusikan oleh Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar dan sudah diserahkan kepada JPA untuk tindakan lanjut sebelum dibawa ke mesyuarat lembaga disiplin.

“Saya dah terima laporan itu dan sudah panjangkan kepada JPA.

“Mesyuarat lembaga disiplin akan diadakan dalam masa terdekat untuk menelitinya,” katanya selepas menghadiri satu majlis di Putrajaya.

Isu berkenaan timbul selepas laporan oleh Bloomberg yang mendakwa Azam memiliki jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan dokumen pemfailan korporat.

Dakwaan itu mencetuskan perdebatan awam mengenai pemilikan saham oleh penjawat awam kanan serta kemungkinan konflik kepentingan.

Kerajaan kemudian menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat semua dakwaan dan isu yang dibangkitkan terhadap Azam.

Dalam penjelasan sebelum ini, Azam menegaskan pegangan saham miliknya bernilai kira-kira RM800,000 dalam syarikat perkhidmatan kewangan dibuat secara telus serta mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Saya telah membuat pengisytiharan yang sewajarnya dan segala urusan dilakukan mengikut peraturan,” katanya pada sidang media sebelum ini.

Shamsul Azri turut memaklumkan perkembangan berkaitan isu berkenaan dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.

Sementara itu, pada majlis yang sama, beliau turut menyempurnakan penyerahan 6,000 bubur lambuk kepada beberapa kementerian dan agensi kerajaan sempena Ramadan.

Turut diadakan penyerahan fasa pertama sebanyak 40 kenderaan pacuan empat roda kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi memperkukuh operasi penyelamatan, khususnya di kawasan mencabar.

Berita berkaitan
SPRM tahan penjawat awam terbabit kes rasuah RM30 juta libat cukai taksiran
October 21, 2026· Isu semasa
RM4.3 bilion aset mafia korporat dibekukan sejak 2022: PMX
October 20, 2026· Isu semasa
PMX: Tiada campur tangan dalam siasatan Zetrix AI, FELDA
October 20, 2026· Isu semasa
Hutang 1MDB belum selesai, kerajaan masih menanggung: Anwar
October 19, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
5 jam lalu · Isu semasa
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
5 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
5 jam lalu · Isu semasa
23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi setakat 4 petang
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok