Mas Ermieyati dan Ronald digantung keahlian Bersatu dua penggal

March 10, 2026 · Politik

Ketua Srikandi Bersatu, Mas Ermieyati Samsudin dan Naib Presiden, Ronald Kiandee digantung keahlian parti selama dua penggal selepas didapati melanggar perlembagaan serta kod etika dan tatakelakuan ahli parti.

Perkara itu disahkan menerusi satu notis penggantungan yang dikongsi oleh Mas Ermieyati itu di akaun Instagram miliknya hari ini.

Naib Presiden, Ronald Kiandee juga turut mengesahkan tindakan digantung keahlian selama dua penggal yang dihadapinya.

Mengulas mengenai tindakan disiplin tersebut, Mas Ermieyati dilihat menyindir keputusan tersebut dan menyatakan komitmennya untuk kekal menyokong kem bekas timbalan presiden, Hamzah Zainuddin yang dipecat.

“Akhirnya saya digantung. Setakat itu sahaja lembaga disiplin mampu bagi. Bagi saya, syukur Alhamdulillah. Reset all the way,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Menurut kandungan notis tersebut, Mas Ermieyati didapati melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli Bersatu.

Susulan itu, beliau bukan sahaja digantung keahlian, malah turut dilucutkan semua jawatan dalam parti sepanjang tempoh penggantungan.

Notis yang sama turut menyatakan beliau tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan bagi pihak parti sehingga tempoh hukuman berakhir.

Bagaimanapun, beliau masih mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan kepada lembaga rayuan parti dalam tempoh 14 hari.

Kedua-dua pemimpin itu sebelum ini dilaporkan menghadiri satu perhimpunan menyokong Hamzah pada 14 Februari lalu.

Perhimpunan tersebut diadakan sehari selepas Hamzah dipecat daripada jawatan timbalan presiden parti.

Hamzah sebelum ini memperkenalkan gerakan dikenali sebagai “Reset”, yang menurutnya bertujuan mengangkat semula prinsip pembaharuan dalam usaha memperkukuh parti serta membina semula kekuatan politik negara secara kolektif.

Tindakan disiplin terhadap Mas Ermieyati dan Ronald dilihat sebagai sebahagian daripada langkah kepimpinan parti untuk menguatkuasakan disiplin dalaman selepas beberapa perkembangan yang mencetuskan ketegangan dalam kalangan kepimpinan.

Sebelum ini, kedua-dua mereka turut menerima surat tunjuk sebab daripada lembaga disiplin Bersatu berhubung beberapa dakwaan berkaitan pelanggaran peraturan parti.

Berita berkaitan
Azmin dicadang kembali terajui PN Selangor
April 26, 2026· Politik
Bersatu belum buka pintu terima bekas ahli, tak ikut jejak UMNO: Muhyiddin
April 26, 2026· Politik
Aktivis dan penyokong PKR berkumpul desak pengunduran Rafizi
April 20, 2026· Politik
Tak perlu darurat tangguh PRN: Muhyiddin
April 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rundingan jadi kunci redakan isu BN-PH di Negeri Sembilan: Zahid
3 jam lalu · Politik
Zahid tolak langkah ‘tebuk atap’ di Negeri Sembilan: Loke
8 jam lalu · Politik
Sayap pemuda DAP desak pecat Tok Mat, dakwa jejaskan kestabilan kerajaan
11 jam lalu · Politik
Keputusan 14 ADUN dihormati, namun sokongan kepada kerajaan Negeri Sembilan diteruskan
11 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan isyarat jelas UMNO mahu bertanding solo PRU-16: Rafizi
April 29, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok