Razali Idris.
Pengerusi Bersatu Terengganu, Razali Idris menggesa kepimpinan dan bekas pemimpin parti itu supaya tidak terus terikat dengan polemik lama, sebaliknya memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).
Razali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal menerusi satu hantaran di media sosial, dilihat menegur bekas Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainuddin, susulan kenyataan terbarunya mengenai sokongan dalam kalangan Ahli Parlimen parti itu.
“Penyakit apa nih?? Dah tak berapa lama lagi nak PRU16. Move on la wehhh…,” katanya secara ringkas, memberi bayangan isu dalaman parti tidak seharusnya terus dipanjangkan ketika tumpuan perlu diberikan kepada pilihan raya akan datang.
Terdahulu, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut mendakwa seramai 19 daripada 25 Ahli Parlimen Bersatu menyokong beliau, manakala hanya enam lagi termasuk Presiden parti, Muhyiddin Yassin, kekal menyokong kepimpinan sedia ada.
Kenyataan itu mencetuskan reaksi dalam kalangan ahli parti, terutama selepas Hamzah secara rasmi dipecat daripada Bersatu pada 13 Februari 2026.
Keputusan tersebut dibuat oleh Lembaga Disiplin parti selepas mendapati beliau melanggar perlembagaan parti.
Selain Hamzah, seramai 16 ahli lain turut dikenakan tindakan sama, termasuk beberapa Ahli Parlimen, dalam satu langkah yang dilihat sebagai usaha memperkemas disiplin dan kesatuan dalam parti menjelang PRU-16.
Bersatu sebelum ini berdepan beberapa episod ketegangan dalaman sejak beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya melibatkan perbezaan pandangan mengenai hala tuju parti dan kepimpinan.
Penganalisis politik berpendapat kestabilan dalaman akan menjadi faktor penting bagi menentukan kekuatan parti itu dalam menghadapi persaingan sengit pada pilihan raya akan datang.
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
Isu PRN Melaka: MP DAP dan Akmal bertikam lidah
Amanah kritik cadangan PAS tangani krisis ekonomi tak realistik
PN kena segera lantik Ketua Pembangkang, sokong sesiapa saja calon PAS: Muhyiddin
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan