Takiyuddin dakwa ada bukti MIC mohon sertai PN

March 28, 2026 · Politik

Perikatan Nasional (PN) menegaskan bahawa MIC pernah membuat permohonan rasmi untuk menyertai gabungan itu, sekali gus menafikan dakwaan tidak pernah berbuat demikian.

Setiausaha Agung PN Takiyuddin Hassan berkata, permohonan tersebut dihantar melalui surat bertarikh 15 November tahun lalu oleh Presiden MIC kepada Pengerusi PN ketika itu, Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, permohonan itu telah diteliti dan dibincangkan sebelum PN bersetuju menerima MIC sebagai parti komponen pada Disember lalu.

“MIC antara pengasas PN, namun kerana mereka kekal dalam BN sebelum ini, mereka memohon untuk kembali menyertai PN,” katanya dipetik laporan media semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kelantan.

Takiyuddin turut menegaskan pihaknya mempunyai bukti jelas berhubung permohonan tersebut.

“Hari ini saya jelaskan, kita ada bukti surat permohonan yang dihantar oleh MIC. Jika mereka kata tidak pernah memohon, sila buktikan kerana dokumen itu ada pada kita,” katanya.

Beliau menambah, kemasukan MIC ke dalam PN turut diluluskan secara rasmi dalam mesyuarat gabungan itu pada 14 Mac lalu.

Bagaimanapun, selepas PN mengeluarkan surat tawaran rasmi, MIC dilaporkan membuat keputusan untuk tidak menyertai gabungan tersebut selepas mesyuarat dalaman mereka pada 25 Mac.

“Kalau tidak mahu terima, tiada masalah. PN bukan parti untuk dijual atau hotel. Sesiapa yang mahu sertai perlu memohon,” katanya.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata keputusan MIC itu tidak memberi kesan besar kepada PN.

“Mereka hanya ada satu kerusi Parlimen, bukan 10. PN dengan parti sedia ada sudah mencukupi,” katanya.

Surat yang ditandatangani Presiden MIC itu turut mengandungi beberapa persoalan termasuk status kemasukan semula, jawatan kepimpinan dalam PN dan hala tuju agenda untuk masyarakat India.

Sebelum ini, MIC memutuskan untuk kekal bersama Barisan Nasional (BN) buat masa ini, meskipun pernah membuka ruang untuk bekerjasama dengan PN ketika kepimpinan terdahulu gabungan itu.

Berita berkaitan
Rundingan jadi kunci redakan isu BN-PH di Negeri Sembilan: Zahid
April 30, 2026· Politik
Krisis Negeri Sembilan: Tony Pua dakwa UMNO main ‘tebuk atap’ dan tamak
April 29, 2026· Politik
Wanita PKR bidas tindakan 14 ADUN UMNO cetus krisis di Negeri Sembilan
April 29, 2026· Politik
Krisis NS: Muhyiddin serah kepada pemimpin atasan PN beri penjelasan
April 28, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PKR lancar sistem AI ‘TERAS’ sebagai persediaan hadapi pilihan raya
May 2, 2026 · Politik
UMNO sudah bangkit dan lebih stabil sekarang: Khairy
May 2, 2026 · Politik
UMNO sasar masa depan lebih kukuh: Zahid
May 2, 2026 · Politik
UMNO cuba paksa buat PRU awal guna alasan krisis NS: Rafizi
4 jam lalu · Politik
Akmal cabar pecat semua menteri dan timbalan dari UMNO dalam kerajaan
4 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok