Nurul Izzah Anwar.
Nurul Izzah Anwar menafikan dakwaan yang tular kononnya telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR dengan menegaskan beliau masih menjalankan tugas seperti biasa.
Dalam satu kenyataan, beliau menyifatkan khabar angin tersebut sebagai tidak benar dan mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam menerima maklumat yang tidak disahkan.
“Saya kekal menjalankan amanah ini selaras dengan tanggungjawab dan proses parti serta tiada sebarang perubahan dalam struktur kepimpinan,” katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar merujuk kepada sumber rasmi bagi mendapatkan maklumat yang tepat. “
Saya menghargai keprihatinan semua pihak dan menggalakkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan maklumat yang tidak disahkan serta sentiasa merujuk kepada kenyataan rasmi parti,” tambahnya.
Spekulasi mengenai kedudukan beliau mula tersebar luas di media sosial sejak beberapa hari lalu, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan ahli parti dan pemerhati politik.
Untuk rekod, Nurul Izzah dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR bagi penggal 2025 hingga 2028 dalam pemilihan parti tahun lalu.
Beliau memenangi jawatan itu selepas menewaskan Mohd Rafizi Ramli dalam pertandingan satu lawan satu, sekali gus menandakan kembalinya beliau ke barisan kepimpinan utama parti.
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
Isu PRN Melaka: MP DAP dan Akmal bertikam lidah
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan