Tindakan tegas terhadap vape berisi dadah di media sosial: Fahmi

June 18, 2025 · Isu semasa

Satu mesyuarat khas akan diadakan tidak lama lagi bagi mengambil langkah mengatasi penjualan produk terlarang, termasuk cecair vape dan e-rokok yang mengandungi dadah, secara dalam talian.

Menurut Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil, berkata tiga kementerian terlibat dalam usaha ini iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Kesihatan (KKM), dan Kementerian Komunikasi.

“Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali telah memaklumkan mengenai aktiviti jualan produk dalam talian, termasuk barangan yang boleh dikategorikan sebagai dadah atau narkotik, yang disalahguna bersama peranti vape.

“Ini menunjukkan keprihatinan Jemaah Menteri dan kerajaan terhadap isu yang sedang berlaku dalam masyarakat, di mana produk terlarang dijual secara terbuka di platform digital,” kata Fahmi dalam sidang media selepas mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Beliau menambah, hasil perbincangan tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri untuk keputusan muktamad, termasuk tindakan tegas terhadap penjual dan platform yang memudahkan transaksi haram ini.

Sebelum ini, pada 5 Jun lalu, Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengumumkan pemantauan ketat terhadap penjualan vape dan e-rokok secara dalam talian.

Fahmi berkata, langkah ini diambil ekoran peningkatan larangan penggunaan vape di beberapa negeri serta kebimbangan kehadiran bahan sintetik berbahaya dalam produk tersebut.

“Isu ini akan dibangkitkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan sedang dikaji secara mendalam oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” jelasnya.

Berita berkaitan
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
9 jam lalu· Isu semasa
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
10 jam lalu· Isu semasa
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
16 jam lalu· Isu semasa
Jangan serah keselamatan digital anak kepada platform semata-mata
20 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
16 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
16 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
16 jam lalu · Isu semasa
23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi setakat 4 petang
16 jam lalu · Isu semasa
Dana Inovasi Media: Fahmi mahu AI bantu wartawan, bukan ganti mereka
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok