Iran dakwa tembak jatuh pesawat tentera AS di Isfahan

April 5, 2026 · Isu semasa

Iran mendakwa berjaya menembak jatuh sebuah pesawat sokongan tentera milik Amerika Syarikat jenis Lockheed C-130 Hercules di selatan Isfahan pada Ahad, menurut laporan Agensi Anadolu.

Agensi berita separa rasmi Tasnim News Agency yang memetik sumber polis Iran melaporkan pesawat itu “musnah akibat tembakan hebat oleh unit pasukan khas polis” ketika berada di ruang udara kawasan berkenaan.

Pada masa sama, beberapa laporan awal yang tular di media sosial di pihak AS mendakwa pesawat tersebut mungkin dimusnahkan sendiri oleh tentera mereka.

Tindakan itu dipercayai diambil bagi mengelakkan pesawat berkenaan “jatuh ke tangan Iran” ketika operasi menyelamat kru sebuah jet pejuang McDonnell Douglas F-15 Eagle yang sebelum ini dilaporkan ditembak jatuh.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada pengesahan rasmi dikeluarkan oleh pihak Washington berhubung dakwaan tersebut.

Insiden ini berlaku ketika ketegangan di rantau Timur Tengah terus memuncak susulan serangan bersama oleh Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran pada 28 Februari lalu.

Serangan itu dilaporkan mengorbankan lebih 1,300 nyawa, termasuk pemimpin tertinggi negara itu ketika itu, Ali Khamenei.

Sebagai tindak balas, Tehran melancarkan siri serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta beberapa negara jiran seperti Jordan dan Iraq, selain negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.

Iran juga dilaporkan memperketat kawalan pergerakan kapal di Selat Hormuz, laluan penting perdagangan minyak global.

Perkembangan terbaharu ini menambah kebimbangan komuniti antarabangsa terhadap risiko konflik yang lebih luas di rantau tersebut.

Berita berkaitan
Kos harga tenaga dijangka melonjak susulan krisis di Asia Barat: Bank Dunia
22 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan kaji had pergerakan menteri dalam berdepan krisis tenaga: Anwar
April 24, 2026· Isu semasa
Kerajaan ambil langkah sewajarnya tangani gelombang kedua krisis tenaga: Fadillah
April 24, 2026· Isu semasa
Harga minyak dunia naik lagi, cecah paras AS$100
April 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pemuda UMNO desak hentikan pesta air di Bkt Bintang, bidas Kementerian Pelancongan
2 jam lalu · Isu semasa
Keputusan kes gangguan seksual Ebit Lew dijangka hari ini
2 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan susun semula perbelanjaan, perkhidmatan rakyat tidak terjejas: MOF
19 jam lalu · Isu semasa
Acara rasmi kerajaan dikecilkan, pastikan perbelanjaan berhemah: Fahmi
22 jam lalu · Isu semasa
Peniaga lesap RM610,000 terjerat pelaburan palsu
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok