Peletakan jawatan Akmal sebagai Exco Melaka ditolak: Ab Rauf

April 9, 2026 · Politik

Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh mengesahkan keputusan untuk menolak peletakan jawatan Muhamad Akmal Saleh sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dikemukakan pada Januari lalu.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat kerana percaya Akmal masih diperlukan untuk meneruskan tanggungjawab sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri.

“Saya telah buat keputusan untuk menolak surat peletakan jawatan beliau sebagai Exco. Hak menerima atau menolak peletakan jawatan adalah hak ketua menteri,” katanya dipetik laporan media selepas melawat projek pembinaan Loji Rawatan Air Jus Fasa Dua di Jasin.

Penjelasan itu sekali gus menjawab persoalan mengenai status jawatan Akmal yang sebelum ini mencetuskan tanda tanya selepas beliau mengumumkan hasrat untuk berundur.

Pada Januari lalu, Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau mengumumkan peletakan jawatan tersebut ketika menyampaikan ucapan dasar di World Trade Centre Kuala Lumpur dalam Perhimpunan Agung Pemuda UMNO.

Pengumuman itu dibuat di hadapan lebih 2,500 perwakilan dan dilihat sebagai langkah berani susulan tekanan politik semasa, termasuk gesaan daripada beberapa pemimpin DAP yang meminta beliau mengambil pendirian berhubung kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.

Untuk rekod, Akmal dilantik sebagai Exco Melaka pada April 2023 selepas pembentukan kerajaan negeri, dan sejak itu aktif membawa agenda pembangunan luar bandar serta sektor pertanian negeri.

Keputusan Ab Rauf mengekalkan beliau dilihat sebagai usaha memastikan kestabilan pentadbiran negeri terus terpelihara, selain mengekalkan kesinambungan dasar-dasar sedia ada.

Berita berkaitan
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
April 17, 2026· Politik
Isu PRN Melaka: MP DAP dan Akmal bertikam lidah
22 jam lalu· Politik
Akmal bidas DAP Kota Melaka cadangkan isytihar darurat tangguh PRN
April 15, 2026· Politik
Amanah Tegur Pemuda UMNO berhubung isu harga minyak
April 11, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
11 jam lalu · Politik
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
11 jam lalu · Politik
Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah
21 jam lalu · Politik
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
21 jam lalu · Politik
Amanah kritik cadangan PAS tangani krisis ekonomi tak realistik
April 15, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok