Terlalu awal untuk bincang isu kerusi PRU: Khairy

April 11, 2026 · Politik

Khairy Jamaluddin menegaskan perbincangan mengenai kerusi yang bakal ditandinginya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang masih terlalu awal ketika beliau kini memberi tumpuan penuh kepada usaha kembali menyertai UMNO.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata, keutamaannya ketika ini adalah proses rayuan untuk kembali ke dalam parti selepas dipecat kira-kira tiga tahun lalu.

“Saya rasa terlalu awal untuk kita bincang soal nak bertanding di mana kerana saya baru dalam proses untuk kembali, jadi perkara itu belum sesuai dibincangkan,” katanya dipetik laporan media.

Khairy sebelum ini menyerahkan surat rayuan untuk menyertai semula UMNO pada 15 Mac lalu, sekali gus mencetuskan perhatian dalam kalangan pemerhati politik terhadap peranan masa depannya dalam parti itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamed Khaled Nordin memaklumkan permohonan beberapa bekas pemimpin termasuk Hishammuddin Hussein dan Khairy akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 17 April ini, berteraskan semangat “Rumah Bangsa”.

Mengulas lanjut, Khairy menegaskan soal pemilihan calon dan pengagihan kerusi di bawah Barisan Nasional adalah bidang kuasa presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, beliau enggan mendahului sebarang keputusan rasmi parti.

Pada masa sama, Khairy turut menyentuh mengenai kerusi Parlimen Kepala Batas dengan menegaskan beliau menghormati hasrat Allahyarham Abdullah Ahmad Badawi yang mahu kawasan itu terus dipimpin oleh Reezal Merican Naina Merican.

“Ketika hayatnya, Pak Lah berpesan supaya Kepala Batas ini biarlah Reezal yang jaga. Jadi, saya perlu hormati hasrat tersebut,” katanya, sambil menyatakan harapan agar Reezal dapat merampas semula kerusi itu dalam PRU akan datang.

Untuk rekod, pada PRU ke-15, Reezal tewas di kerusi Parlimen Kepala Batas kepada calon Perikatan Nasional, Siti Mastura Muhammad dengan majoriti 2,867 undi.

Berita berkaitan
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
8 jam lalu· Politik
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
19 jam lalu· Politik
Isu PRN Melaka: MP DAP dan Akmal bertikam lidah
19 jam lalu· Politik
PN kena segera lantik Ketua Pembangkang, sokong sesiapa saja calon PAS: Muhyiddin
April 15, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
8 jam lalu · Politik
Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah
19 jam lalu · Politik
Amanah kritik cadangan PAS tangani krisis ekonomi tak realistik
April 15, 2026 · Politik
Akmal bidas DAP Kota Melaka cadangkan isytihar darurat tangguh PRN
April 15, 2026 · Politik
Puad sokong PRN Johor diadakan lebih awal, yakin UMNO-BN berpeluang cerah
April 15, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok