Ahmad Maslan.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Ahmad Maslan, mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka ditangguhkan susulan ketidaktentuan geopolitik semasa, khususnya yang melibatkan konflik di Asia Barat.
Beliau berkata cadangan itu akan dibawa ke Mesyuarat MKT UMNO yang dijadualkan berlangsung di Melaka pada Jumaat ini.
Menurutnya, keadaan global yang tidak stabil serta tekanan kos sara hidup rakyat ketika ini tidak sesuai untuk pelaksanaan pilihan raya.
“Kalau kita lihat ketidaktentuan politik di peringkat global dan kesusahan rakyat sekarang, mungkin tidak wajar untuk mengadakan PRN dalam masa terdekat. Ini pandangan logik politik,” katanya selepas lawatan kerja di Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kulai.
Ahmad menjelaskan, dalam situasi ekonomi yang mencabar dengan kenaikan harga barangan dan ketidakpastian geopolitik, keutamaan sepatutnya diberikan kepada kestabilan dan kebajikan rakyat.
“Apabila geopolitik tidak menentu dan rakyat berdepan tekanan hidup, tidak sesuai untuk kita adakan pilihan raya. Lebih baik tunggu sehingga keadaan kembali tenang,” katanya.
Beliau turut mencadangkan agar PRN Johor dan Melaka diadakan serentak pada satu tarikh yang lebih strategik bagi menjimatkan kos dan memudahkan pengurusan.
Untuk rekod, PRN Johor kali terakhir diadakan pada Mac 2022 dan mandat kerajaan negeri dijangka berakhir pada Mac 2027.
Sementara itu, PRN Melaka berlangsung pada November 2021 dan mandatnya dijangka tamat hujung tahun ini.
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
Amanah kritik cadangan PAS tangani krisis ekonomi tak realistik
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan