Tangguh PRN: Mat Maslan jelaskan itu pandangan peribadi

April 14, 2026 · Politik

Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan menegaskan cadangan untuk menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka hanyalah pandangan peribadi beliau, bukan pendirian rasmi parti UMNO.

Menurut beliau, cadangan itu dibuat berdasarkan pengalaman luas dalam parti serta pemerhatian terhadap situasi semasa, khususnya faktor masa yang dianggap kritikal dalam menentukan kejayaan politik.

“Saya memberi pandangan atas pendapat peribadi. Itu bukan keputusan UMNO Johor atau mana-mana keputusan mesyuarat tertinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, beliau dilaporkan bercadang membawa usul tersebut ke Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO susulan ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat yang turut memberi kesan kepada ekonomi dan kehidupan rakyat.

Dalam keadaan sedemikian, beliau berpendapat pelaksanaan pilihan raya mungkin tidak sesuai.

Ahmad menjelaskan dalam politik, pemilihan masa yang tepat memainkan peranan penting, dan kesilapan dalam hal ini boleh membawa kesan besar.

Beliau merujuk kepada Pilihan Raya Umum ke-15 sebagai contoh, yang menurutnya tidak berlaku pada waktu yang sesuai sehingga memberi kesan kepada prestasi parti.

“PRU15 adalah kesilapan ‘timing’. Sepatutnya diadakan selepas kejayaan PRN Johor pada Mac 2022, bukan selepas Najib Razak dipenjarakan. Ketika itu, emosi rakyat penuh dengan marah dan kecewa,” katanya.

Beliau turut mengaitkan keadaan semasa dengan sentimen rakyat yang dikatakan masih tertekan akibat kenaikan kos sara hidup termasuk harga barang dan bahan api.

Dalam situasi tersebut, katanya, adalah tidak wajar untuk mengadakan pilihan raya ketika emosi rakyat berada pada tahap negatif.

Namun begitu, Ahmad menegaskan pandangannya tidak semestinya perlu diterima.

“Jika pandangan saya itu baik, boleh diikut. Jika tidak, abaikan sahaja. Politik adalah seni mengurus emosi dan mendengar denyut nadi rakyat,” ujarnya.

Untuk rekod, PRN Johor sebelum ini diadakan pada Mac 2022 dan menyaksikan kemenangan besar Barisan Nasional, sekali gus menjadi antara latar belakang penting dalam perbincangan mengenai strategi pilihan raya parti ketika ini.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Zahid jamin Ab Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang
October 24, 2026· Politik
Agihan kerusi Melaka: Khalid Samad sifatkan PAS jadi ‘macai’ BN
October 24, 2026· Politik
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
22 jam lalu· Politik
DUN Sarawak bubar 26 Oktober ini, beri laluan PRN diadakan
22 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
22 jam lalu · Politik
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
22 jam lalu · Politik
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
October 23, 2026 · Politik
Abang Johari panggil sidang media khas, DUN Sarawak bakal bubar?
October 23, 2026 · Politik
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
October 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok