Bekas pengarah penyelidikan IPTA ditahan kes rasuah RM1 juta: Laporan

April 15, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas pengarah pusat pendidikan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selepas disyaki menyalahgunakan kedudukan melibatkan dana kira-kira RM1 juta.

Suspek lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan pada jam 8 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Penahanan tersebut dibuat susulan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan itu antara 2023 hingga 2025 ketika masih memegang jawatan pengarah pusat pendidikan berkenaan.

Dia juga disyaki mempunyai kepentingan dalam sebuah syarikat yang mempunyai urusan langsung dengan pusat pendidikan itu.

“Siasatan mendapati terdapat unsur konflik kepentingan apabila suspek dikatakan menggunakan kedudukannya untuk menyalurkan dana bagi kepentingan peribadi,” kata sumber.

Sebagai sebahagian daripada tindakan susulan, SPRM turut membekukan empat akaun bank melibatkan satu akaun syarikat dan tiga akaun individu dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM600,000.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Yuhafiz Mohd Salleh, mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang melibatkan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan.

“Kes ini masih dalam siasatan dan turut melibatkan aspek jenayah serta tatakelola,” katanya.

Mahkamah Majistret Putrajaya turut membenarkan permohonan reman selama lima hari sehingga 19 April bagi membantu siasatan lanjut.

Berita berkaitan
Seludup rokok: Datuk antara tiga ditahan SPRM, rasuah polis RM1 juta
10 jam lalu· Isu semasa
Projek jalan luar bandar: Mahfuz sindir Zahid, jangan hanya pandai salahkan MOF
November 3, 2026· Politik
Kes rasuah kuota pekerja asing Saravanan dibicarakan Mac depan
November 3, 2026· Politik
PRN Melaka: SPRM buka bilik gerakan 24 jam, orang ramai boleh buat aduan
October 30, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pengasingan AG dan Pendakwa Raya ambil masa setahun, perlu 148 undi MP
4 jam lalu · Isu semasa
Beras masih cukup, jangan buat pembelian panik: Mohamad Sabu
6 jam lalu · Isu semasa
MMM mahu hak pekerja Utusan, Kosmo! dilindungi
8 jam lalu · Isu semasa
KBS tak lulus HYROX KL jika tajaan arak tidak ditarik balik
10 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Janji untung 50 peratus, pesara guru rugi RM521,787
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok