Petronas boleh runding dapatkan bekalan minyak dari Rusia: Anwar

4 jam lalu · Isu semasa

Petroliam Nasional Berhad (Petronas) disaran meneroka rundingan dengan Rusia bagi mendapatkan bekalan minyak sebagai langkah memastikan keselamatan tenaga negara terus terjamin.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan itu wajar dipertimbangkan memandangkan situasi global kini menyaksikan negara-negara Barat yang sebelum ini mengenakan sekatan ke atas Moscow mula kembali mendapatkan sumber tenaga dari negara berkenaan.

“Hubungan kita dengan Rusia masih baik. Dalam keadaan semasa, pasukan kita termasuk Petronas boleh berunding untuk memenuhi sebahagian keperluan negara sebagai rakan,” katanya ketika merasmikan terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Beliau menjelaskan, ketegangan geopolitik melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan Eropah memberi tekanan besar kepada rantaian bekalan global, termasuk kenaikan harga minyak dan gangguan bekalan baja.

Situasi ini turut menjejaskan sektor pengangkutan antarabangsa.

Menurutnya, langkah diplomasi awal kerajaan membolehkan kapal minyak Malaysia menjadi antara yang terawal melepasi laluan strategik di Selat Hormuz, sekali gus mengelakkan gangguan serius terhadap bekalan tenaga negara.

Dalam perkembangan berkaitan, sebuah kapal Petronas dilaporkan selamat tiba di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor, yang merupakan pusat utama penapisan minyak negara.

“Ketibaan ini sangat kritikal kerana proses penapisan hanya boleh dilakukan di situ,” katanya.

Anwar turut mendedahkan kejayaan tersebut hasil hubungan awal kerajaan dengan kepimpinan Iran, yang memberi laluan kepada kapal Malaysia ketika rundingan antarabangsa mengenai laluan tersebut masih belum mencapai kata sepakat.

Beliau menambah, krisis global turut membuka ruang kerjasama baharu apabila beberapa negara, termasuk Australia, menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam sektor tenaga dan bekalan baja.

Namun begitu, beliau menegaskan keutamaan kerajaan kekal kepada keperluan domestik.

“Keutamaan kita adalah rakyat. Jika ada lebihan, kita bantu negara sahabat, tetapi jika tidak, kita fokus kepada keperluan dalam negara dahulu,” katanya.

Berita berkaitan
Henti bertelingkah, utamakan kebajikan rakyat: Anwar
April 18, 2026· Politik
PMX umum peruntukan pembangunan untuk Kelantan naik RM8 bilion
3 jam lalu· Isu semasa
Cadangan kekalkan kuota BUDI95 kepada pengamal media akan dibincang: Fahmi
4 jam lalu· Isu semasa
Hanya 15 peratus rakyat beli diesel pada harga pasaran: PMX
10 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Had umur 16 tahun bukan untuk sekat kebebasan bersuara: Fahmi
April 18, 2026 · Isu semasa
Nahas helikopter Kalimantan Barat: Rakyat Malaysia terkorban dikenal pasti
10 jam lalu · Isu semasa
Harga minyak dunia turun selepas pembukaan Selat Hormuz
10 jam lalu · Isu semasa
MCMC rakam keterangan individu sebar berita diesel palsu ke Filipina
11 jam lalu · Isu semasa
Polis pertahan guna Akta Hasutan terhadap pengguna TikTok
April 17, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok