Henti bertelingkah, utamakan kebajikan rakyat: Anwar

April 18, 2026 · Politik

Presiden PKR Anwar Ibrahim, mengingatkan kepimpinan parti di semua peringkat supaya menghentikan perbalahan dalaman dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada kebajikan rakyat.

Anwar menegaskan parti tidak boleh mensia-siakan masa dengan isu remeh ketika negara berdepan pelbagai cabaran ekonomi dan sosial, sebaliknya menumpukan usaha ke arah menjamin kemakmuran rakyat yang lebih penting.

“Kita kena bersiap dari sekarang untuk berdepan pilihan raya umum. Ikhtiar dan kerja mesti seiring, bukan bertelingkah hal kecil yang tidak membawa penyelesaian,” katanya semasa erucap pada Mini Konvensyen Keadilan Kelantan 2026 di Kota Bharu hari ini.

Anwar turut mengkritik sikap segelintir pemimpin yang hanya aktif ketika musim pemilihan parti, tetapi gagal menunjukkan komitmen selepas memegang jawatan.

Menurutnya, budaya sedemikian boleh melemahkan gerak kerja parti dan menjejaskan kepercayaan rakyat.

“Siapa yang rasa letih, beritahu dan ambil cuti. Parti ini bukan milik individu, tetapi milik rakyat dan mereka yang benar-benar mahu berjuang,” katanya lagi.

Beliau juga menyeru jentera parti supaya memperkukuh perpaduan dalaman serta meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya akan datang, selaras dengan peranan PKR sebagai parti teras dalam kerajaan perpaduan.

Sebagai langkah memperkasakan organisasi, Anwar memaklumkan peruntukan kepada cabang akan diberikan berdasarkan prestasi dan cabang yang aktif, berjaya menarik ahli baharu dan menjalankan program akan diberi keutamaan.

“Cabang yang tiada pertambahan ahli atau tidak aktif, kita tidak akan beri peruntukan,” tegasnya.

PKR sejak beberapa tahun kebelakangan ini berusaha memperkukuh struktur akar umbi bagi memastikan sokongan rakyat kekal kukuh, terutama menjelang pilihan raya akan datang yang dijangka lebih mencabar dengan persaingan politik yang semakin sengit.

Berita berkaitan
Transformasi AI dan digital perlu sampai ke kampung: PMX
6 jam lalu· Isu semasa
Wujud persefahaman baik UMNO-BN dalam Kerajaan Perpaduan: Zahid
12 jam lalu· Politik
PMX paling susah terima soal kenaikan harga barang: Mat Sabu
14 jam lalu· Politik
Bekalan minyak negara kembali stabil, PETRONAS ambil langkah proaktif: PMX
23 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
UMNO sedia pertimbang bekas pemimpin Bersatu yang disingkir: Zahid
6 jam lalu · Politik
Bersatu tegas singkir ‘musuh dalam selimut’, elak sabotaj: MPT Bersatu
6 jam lalu · Politik
Mari sertai ‘Rumah Bangsa’ UMNO, Asyraf Wajdi pelawa pemimpin Bersatu disingkir
12 jam lalu · Politik
Tuan Ibrahim persoal Zahid tuduh PAS sebagai ‘pengkhianat’ besar
12 jam lalu · Politik
Status dua ADUN Kedah digantung Bersatu, Sanusi tunggu perkenan Sultan
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok