Krisis bekalan global tekan kos harian rakyat: Menteri Ekonomi

April 21, 2026 · Isu semasa

Kesan krisis bekalan global kini semakin dirasai apabila kos pengangkutan, logistik dan harga barang harian menunjukkan peningkatan ketara, sekali gus memberi tekanan kepada perbelanjaan rakyat.

Menteri Ekonomi,Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, negara sedang memasuki fasa penyesuaian kos yang lebih jelas susulan gangguan rantaian bekalan dunia yang berlarutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Krisis tersebut berpunca daripada ketidaktentuan geopolitik, perubahan iklim serta peningkatan kos tenaga yang memberi kesan berantai kepada ekonomi global.

“Hasil pemantauan menunjukkan pergerakan harga adalah bercampur dan tidak seragam antara kategori. Ia dipengaruhi faktor seperti cuaca, kos input pertanian, kos pengangkutan serta turun naik bekalan jangka pendek,” katanya dalam satu taklimat khas.

Beliau menjelaskan, bagi tempoh 13 hingga 19 April lalu, harga ayam standard meningkat 2.8 peratus kepada RM9.33 sekilogram, manakala harga daging lembu menurun kepada RM35.65 sekilogram.

Harga telur Gred C pula kekal stabil pada RM3.66 bagi 10 biji.

Dalam kategori lain, harga ikan kembung mencatat penurunan kepada RM16.43 sekilogram, sementara sayur-sayuran menunjukkan trend berbeza apabila harga sawi meningkat kepada RM6.21 sekilogram, dan bayam hijau kekal tidak berubah.

Menurut beliau, peningkatan kos tenaga turut menjadi faktor utama tekanan harga apabila purata harga diesel di Semenanjung meningkat kepada RM4.09 seliter berbanding RM2.98 sebelum ini, manakala RON97 naik kepada RM4.01 seliter.

“Kerajaan perlu bertindak pantas dan tepat berdasarkan data semasa bagi mengurangkan kesan kepada rakyat,” katanya.

Mengulas pasaran buruh, beliau berkata keadaan masih terkawal buat masa ini, namun perlu dipantau rapi.

Seramai 4,708 pekerja dilaporkan kehilangan pekerjaan dalam tempoh 16 hari pertama April 2026 berdasarkan data Sistem Insurans Pekerjaan oleh PERKESO.

“Pengalaman lalu menunjukkan kesan kenaikan kos tenaga terhadap pekerjaan biasanya berlaku dengan sedikit kelewatan,” katanya lagi.

Beliau menambah, suku kedua tahun ini akan menjadi penentu penting sama ada tekanan kos yang dihadapi syarikat akan membawa kepada pengurangan operasi atau tenaga kerja.

Berita berkaitan
Iran pelawa Malaysia teroka kerjasama bekalan minyak: Laporan
June 23, 2026· Isu semasa
Selat Hormuz ditutup lagi, harga minyak dunia melonjak: Laporan
June 22, 2026· Isu semasa
Persefahaman AS-Iran dialu-alukan, harap redakan ketegangan Asia Barat: PMX
June 15, 2026· Isu semasa
Perjanjian damai AS-Iran belum mampu pulihkan pasaran serta-merta: Akmal
June 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ops Lusuh tumpaskan sindiket simpan peralatan telekomunikasi curi di Sarawak
6 jam lalu · Isu semasa
Pemilik kenderaan diesel boleh mohon tambahan 100 liter bila-bila masa
7 jam lalu · Isu semasa
Pengesahan had umur: MCMC boleh kenakan denda RM10 juta kepada platform media sosial
7 jam lalu · Isu semasa
Selepas 20 Tahun di Brunei, MP Miri bantu bapa empat anak kembali bina hidup baharu
7 jam lalu · Isu semasa
Pengawal keselamatan dipenjara, didenda RM50,000 hina Agong di Facebook
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok