RM230 juta dana diseleweng sumbangan pelbagai pihak kepada NGO: Azam Baki

April 22, 2026 · Isu semasa

Penyelewengan kira-kira RM230 juta melibatkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) didapati bukan berpunca daripada dana zakat, sebaliknya daripada pelbagai sumbangan yang disalurkan kepada organisasi berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki berkata siasatan setakat ini tidak menemukan penglibatan mana-mana institusi zakat di negara ini.

Namun, beliau mengakui sebahagian dana yang diseleweng dipercayai termasuk kutipan yang sepatutnya disalurkan kepada badan zakat negeri.

“NGO ini menerima dana daripada pelbagai pihak termasuk komisen kutipan untuk membantu golongan memerlukan.

“Bagaimanapun, dana tersebut tidak sampai ke sasaran, sebaliknya disalah guna untuk kepentingan peribadi seperti pembelian aset mewah,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, siasatan masih berjalan dan akan diperluas bagi mengenal pasti semua pihak terlibat.

“SPRM komited memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam setiap siasatan selaras prinsip integriti dan tadbir urus baik,” tambahnya.

Dalam perkembangan sama, dua lelaki termasuk timbalan pengerusi NGO itu direman selama empat hari hingga 25 April bagi membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Shah Alam selepas permohonan SPRM.

Suspek berusia 50-an dan 60-an itu ditahan dalam operasi berasingan di sekitar Lembah Klang.

Siasatan awal mendapati kegiatan tersebut berlaku antara 2018 hingga 2024, melibatkan beberapa individu termasuk pengarah syarikat yang dipercayai bersubahat.

Timbalan pengerusi NGO itu disyaki memindahkan dana berjumlah RM230 juta ke akaun syarikat miliknya bagi tujuan pelaburan dan kegunaan peribadi.

Kes ini mencetuskan perhatian kerana NGO terbabit menerima sumbangan awam untuk tujuan kebajikan.

Dalam operasi sama, SPRM menyita 18 kenderaan mewah termasuk Porsche dan Mercedes, selain hartanah bernilai kira-kira RM11 juta, wang tunai serta barangan berharga lain. Sebanyak 33 akaun bank berjumlah kira-kira RM120 juta turut dibekukan.

Kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009, dengan fokus kepada unsur penyelewengan dana awam.

 

Berita berkaitan
SPRM teliti dakwaan penyelewengan projek naik taraf Stadium Bukit Jalil
May 29, 2026· Isu semasa
Najib fail bukti baharu dalam rayuan kes 1MDB
May 29, 2026· Isu semasa
Pelajar di Melaka ditahan kes vape mushroom libatkan remaja perempuan
May 29, 2026· Isu semasa
Azam baki pertimbang saman fitnah terhadap Albert Tei
May 27, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan cadang wajibkan pengiklan dalam media sosial sahkan identiti, elak scam
8 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan kaji semula perbelanjaan susulan krisis global: Akmal Nasrullah
13 jam lalu · Isu semasa
Anwar ajak rakyat tolak kebencian sempena Hari Wesak
14 jam lalu · Isu semasa
Anwar umum kenaikkan Geran Interim kepada Sabah RM1.5 Bilion
May 30, 2026 · Isu semasa
Amanah Selangor bidas Liu berhubung isu ladang babi
May 30, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok