Kes kemalangan pemandu mabuk.
Seorang penumpang warga asing maut selepas sebuah kenderaan e-hailing dirempuh oleh kereta dipandu pegawai tentera yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol dalam kejadian di Lebuhraya MEX, awal pagi tadi.
Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 5.38 pagi itu melibatkan sebuah Perodua Alza dan Ford Fiesta di laluan dari Salak Selatan menuju ke Jalan Tun Razak.
Siasatan awal mendapati kenderaan Ford Fiesta yang dipandu lelaki berusia 31 tahun memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung secara berhadapan dengan MPV e-hailing tersebut.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata MPV berkenaan dipandu lelaki tempatan berusia 41 tahun dan membawa dua penumpang warga Bangladesh yang baru tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
“Seorang penumpang lelaki berusia 22 tahun yang duduk di bahagian tengah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut memaklumkan seorang lagi penumpang wanita berusia 20 tahun mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Pemandu MPV turut cedera di kepala, manakala pemandu Ford Fiesta hanya mengalami kecederaan ringan.
“Siasatan mendapati ujian pernafasan alkohol terhadap pemandu Ford Fiesta menunjukkan bacaan melebihi had dibenarkan, manakala ujian air kencing adalah negatif,” katanya.
Turut cedera dalam kejadian itu ialah seorang wanita tempatan berusia 36 tahun yang berada dalam kenderaan Ford Fiesta.
Susulan kejadian, pemandu terbabit telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) kerana memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kematian.
Pemuda UMNO desak hentikan pesta air di Bkt Bintang, bidas Kementerian Pelancongan
Keputusan kes gangguan seksual Ebit Lew dijangka hari ini
Kerajaan susun semula perbelanjaan, perkhidmatan rakyat tidak terjejas: MOF
Acara rasmi kerajaan dikecilkan, pastikan perbelanjaan berhemah: Fahmi
Kos harga tenaga dijangka melonjak susulan krisis di Asia Barat: Bank Dunia
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan