LHDN rekod kutipan RM200 bilion buat kali pertama

April 24, 2026 · Isu semasa

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) mencatat sejarah apabila kutipan cukai langsung negara buat pertama kali melepasi paras RM200 bilion, mencerminkan pemulihan ekonomi yang semakin kukuh serta peningkatan kecekapan sistem percukaian negara.

Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof, berkata jumlah kutipan bagi tahun 2025 mencecah RM203.991 bilion, meningkat sebanyak RM19.186 bilion atau 10.38 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Ini merupakan pencapaian penting apabila kutipan cukai langsung negara buat pertama kali melepasi RM200 bilion. Ia mencerminkan asas ekonomi yang semakin stabil serta tahap pematuhan yang lebih baik dalam kalangan pembayar cukai,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Hasil ke-30 di Cyberjaya.

Majlis tersebut diadakan di Wisma Hasil dan turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong serta Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar.

Menurut beliau, prestasi kutipan yang lebih kukuh membolehkan kerajaan menyalurkan tambahan bayaran balik cukai sebanyak RM11.4 bilion kepada syarikat yang tertunggak, sekali gus menyelesaikan komitmen lampau secara lebih teratur.

“Sistem percukaian yang baik bukan sekadar cekap mengutip hasil, tetapi mesti adil, telus dan memberi keyakinan kepada rakyat serta perniagaan,” ujarnya.

Fadillah turut menjelaskan peningkatan kutipan itu didorong penggunaan teknologi moden termasuk kecerdasan buatan (AI), yang membantu mengurangkan ketirisan dan meningkatkan kecekapan operasi LHDN.

“Ia bukan hanya soal kutipan lebih tinggi, tetapi bagaimana kita memastikan sistem percukaian lebih mudah dipatuhi, lebih pantas dan mesra pengguna,” katanya.

Untuk rekod, LHDN merupakan agensi utama kerajaan dalam mengutip cukai langsung negara, yang menjadi sumber penting bagi pembiayaan pembangunan, termasuk infrastruktur, pendidikan dan kesihatan.

Pencapaian ini dilihat sebagai petunjuk positif terhadap daya tahan ekonomi Malaysia dalam menghadapi cabaran global.

Berita berkaitan
Acara rasmi kerajaan dikecilkan, pastikan perbelanjaan berhemah: Fahmi
14 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa, isu adat tak dicampuri: Fahmi
14 jam lalu· Politik
Pemimpin utama Kerajaan Perpaduan bertemu, cari jalan keluar krisis NS
April 28, 2026· Politik
Krisis Negeri Sembilan tak gugat kestabilan Kerajaan Perpaduan: PMX
April 28, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan susun semula perbelanjaan, perkhidmatan rakyat tidak terjejas: MOF
10 jam lalu · Isu semasa
Kos harga tenaga dijangka melonjak susulan krisis di Asia Barat: Bank Dunia
14 jam lalu · Isu semasa
Peniaga lesap RM610,000 terjerat pelaburan palsu
14 jam lalu · Isu semasa
AGC tolak permohonan Namewee, kes dadah diteruskan: Laporan
14 jam lalu · Isu semasa
Projek RM1.1 bilion: Bekas pembantu Rafizi sambung beri keterangan esok
April 28, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok