Kerajaan kaji had pergerakan menteri dalam berdepan krisis tenaga: Anwar

April 24, 2026 · Isu semasa

Kerajaan sedang meneliti langkah lebih tegas bagi mengurangkan penggunaan tenaga susulan krisis bekalan global yang semakin meruncing, termasuk mempertimbangkan had pergerakan dalam kalangan Jemaah Menteri dan kementerian.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata usaha itu penting bagi memastikan Malaysia tidak terheret ke dalam situasi catuan tenaga seperti yang sedang dialami beberapa negara lain ketika ini.

Menurut beliau, keputusan muktamad akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada masa terdekat.

“Kita mahu elakkan kekurangan bekalan. Jadi kita perlu cari jalan untuk kurangkan penggunaan tenaga, termasuk amalan bekerja dari rumah dan langkah lain yang sesuai,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Permas Jaya.

Beliau turut memaklumkan bekalan minyak negara masih mencukupi sehingga penghujung Jun, namun bekalan diesel mula menunjukkan tanda tekanan.

“Bekalan diesel sudah mula ada masalah. Sebab itu beberapa langkah akan diumumkan dari semasa ke semasa,” jelasnya.

Menurut Anwar, MTEN kini bersidang secara kerap, hampir setiap dua hari, bersama kementerian serta agensi berkaitan bagi memantau perkembangan semasa secara menyeluruh.

Katanya, situasi semasa tidak lagi membenarkan sebarang kelewatan dalam membuat keputusan penting.

“Keadaan ini sudah berada pada tahap kritikal. Kita tidak boleh bertangguh kerana kelewatan boleh menjejaskan ekonomi dan kehidupan harian rakyat sekiranya berlaku kekurangan bekalan,” tegas beliau.

Krisis tenaga global ketika ini berpunca daripada gangguan rantaian bekalan, ketegangan geopolitik serta peningkatan permintaan pasca pandemik, yang turut memberi tekanan kepada banyak negara termasuk di rantau Asia.

Beberapa negara telah melaksanakan langkah penjimatan tenaga secara besar-besaran bagi mengekang impak krisis tersebut.

Mengulas kemungkinan kesan terhadap jadual Pilihan Raya Negeri, Anwar berkata perkara itu belum dibincangkan setakat ini.

Berita berkaitan
Kos harga tenaga dijangka melonjak susulan krisis di Asia Barat: Bank Dunia
2 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa, isu adat tak dicampuri: Fahmi
2 jam lalu· Politik
Pemimpin utama Kerajaan Perpaduan bertemu, cari jalan keluar krisis NS
22 jam lalu· Politik
Krisis Negeri Sembilan tak gugat kestabilan Kerajaan Perpaduan: PMX
April 28, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Acara rasmi kerajaan dikecilkan, pastikan perbelanjaan berhemah: Fahmi
2 jam lalu · Isu semasa
Peniaga lesap RM610,000 terjerat pelaburan palsu
2 jam lalu · Isu semasa
AGC tolak permohonan Namewee, kes dadah diteruskan: Laporan
2 jam lalu · Isu semasa
Projek RM1.1 bilion: Bekas pembantu Rafizi sambung beri keterangan esok
19 jam lalu · Isu semasa
Krisis politik Negeri Sembilan: Persatuan peniaga bimbang ekonomi negeri terjejas
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok