Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Pelantikan bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat mampu meningkatkan keyakinan rakyat terhadap institusi itu.
Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pengalaman Abdul Halim dalam badan kehakiman memberi kelebihan besar dalam memperkukuh integriti dan kredibiliti SPRM, khususnya ketika negara terus berdepan cabaran rasuah yang kompleks.
“Saya menyambut baik pelantikan ini. Beliau seorang bekas hakim dan ini akan memperkukuh keyakinan rakyat terhadap SPRM,” katanya selepas menghadiri program komuniti di Kompleks Muhibbah hari ini.
Menurut beliau, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah memastikan SPRM kekal dilihat sebagai badan yang bebas, profesional dan berintegriti.
Katanya, persepsi awam terhadap kebebasan institusi itu sangat penting dalam memastikan usaha membanteras rasuah mendapat sokongan rakyat.
“Bagi rakyat, yang penting ialah SPRM mesti terus dilihat bebas, profesional dan berintegriti. Saya percaya dengan kepimpinan baharu, beliau akan dilihat secara positif oleh rakyat,” katanya lagi.
SPRM memainkan peranan penting dalam memerangi rasuah di Malaysia sejak penubuhannya, dan sering menjadi tumpuan awam dalam isu melibatkan tadbir urus serta integriti sektor awam dan swasta.
Justeru, pelantikan kepimpinan baharu sering dilihat sebagai penentu hala tuju dan tahap kepercayaan masyarakat terhadap agensi tersebut.
Pelantikan Abdul Halim telah diperkenankan oleh Sultan Ibrahim dan akan berkuat kuasa pada 13 Mei ini. Beliau akan menggantikan Azam Baki yang menamatkan perkhidmatannya sehari sebelum itu.
Malaysia kekal terbuka terima pelabur, tapi kedaulatan diutamakan: Anwar
Seorang lelaki disiasat berhubung kandungan hina Sultan Selangor: MCMC
Polis siasat hantaran Facebook hina Sultan Selangor
Struktur ekonomi perlu disusun semula hadapi dunia tak menentu: PMX
Seorang lelaki ditahan berhubung isu bantahan azan di Ampang
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan