PN Negeri Sembilan nyata sokongan bersama BN tubuh kerajaan baharu

April 27, 2026 · Politik

Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan mengumumkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan negeri baharu, sekali gus mengubah landskap politik negeri itu.

Pengumuman dibuat dalam sidang media di Seremban yang diketuai Ketua Pembangkang negeri, Mohamad Hanifah Abu Baker bersama empat lagi ADUN PN iaitu Mohd Fairuz Mohd Isa (Serting), Kamarol Ridzuan Mohd Zain (Paroi), Abdul Fatah Zakaria (Bagan Pinang) dan Ridzuan Ahmad (Gemas).

Langkah itu susulan tindakan 14 ADUN BN yang sebelum ini menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Aminuddin Harun sehingga didakwa hilang majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Hanifah berkata keputusan tersebut dibuat demi memastikan kestabilan politik negeri yang terjejas akibat krisis berpanjangan.

“Kami bersedia bekerjasama dengan BN bagi menjamin kestabilan kerajaan negeri dan kelangsungan pentadbiran demi kepentingan rakyat,” katanya.

Menurutnya, kemelut politik yang berlarutan sejak beberapa minggu lalu telah memberi kesan kepada urusan pentadbiran, termasuk penangguhan sidang DUN tanpa tarikh baharu.

“Keadaan ini menunjukkan kepimpinan sedia ada gagal menangani krisis secara berkesan,” tambah beliau.

Dalam perkembangan sama, wakil ADUN BN turut menerima surat tawaran kerjasama daripada PN sebagai langkah rasmi ke arah pembentukan kerajaan baharu.

Dengan sokongan lima ADUN PN kepada 14 ADUN BN, gabungan tersebut kini menguasai 19 daripada 36 kerusi DUN Negeri Sembilan, melebihi majoriti mudah.

Pakatan Harapan pula memiliki 17 kerusi.

Negeri Sembilan sebelum ini ditadbir oleh Pakatan Harapan di bawah kepimpinan Aminuddin, namun perubahan sokongan dalam kalangan ADUN menjadikan kedudukan kerajaan negeri tidak stabil.

Situasi terbaharu ini meletakkan tekanan besar terhadap Aminuddin apabila beliau dilihat tidak lagi memiliki sokongan majoriti untuk terus mentadbir negeri tersebut.

Berita berkaitan
PH Negeri Sembilan desak kemelut politik diselesaikan segera
9 jam lalu· Politik
PAS masih jadi rebutan, Idris persoal pihak yang mahu kerjasama
9 jam lalu· Politik
Saarani: Belum ada keperluan bubar DUN Perak
15 jam lalu· Politik
Pembubaran DUN bukan jaminan krisis Negeri Sembilan selesai: Laporan
19 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Bekas pegawai khas Najib, aktivis UMNO diperintah bayar RM433,000 kepada pendakwah
15 jam lalu · Politik
Johari tegur menteri gagal jawab soalan Ahli Parlimen
20 jam lalu · Politik
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
November 22, 2026 · Politik
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
November 22, 2026 · Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
November 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok