Krisis Negeri Sembilan: Tony Pua dakwa UMNO main ‘tebuk atap’ dan tamak

5 jam lalu · Politik

Bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua mendakwa krisis politik di Negeri Sembilan mencerminkan sikap sebenar UMNO yang menurutnya sanggup menggunakan apa sahaja cara untuk meraih kuasa.

Dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu, beliau menuduh wujud cubaan untuk menjatuhkan kerajaan negeri melalui langkah yang disifatkannya sebagai tidak beretika.

“Sebarang usaha untuk memaksa perubahan kerajaan melalui lompat parti atau penyusunan semula gabungan adalah ‘backdoor’ atau ‘tebuk atap’,” katanya.

Beliau mengakui tindakan sedemikian mungkin sah dari sudut undang-undang, namun menegaskan ia bercanggah dengan prinsip asas demokrasi.

“Sudah tentu, ia adalah sah. Tetapi ia juga tidak beretika dan bertentangan dengan prinsip asas demokrasi,” tambahnya.

Pua turut mendakwa situasi ini memperlihatkan sifat sebenar parti tersebut.

“Ia juga membuktikan bahawa UMNO tamak kuasa, tidak boleh dipercayai dan akan menikam anda pada bila-bila masa,” katanya lagi.

Kenyataan itu muncul ketika landskap politik negara masih berdepan ketidakstabilan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk perubahan kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri akibat tindakan lompat parti.

Fenomena yang sering digelar sebagai “tebuk atap” ini pernah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan ahli politik dan rakyat, khususnya mengenai integriti wakil rakyat serta mandat pengundi.

Berita berkaitan
Krisis Negeri Sembilan isyarat jelas UMNO mahu bertanding solo PRU-16: Rafizi
1 jam lalu· Politik
Kerajaan susun semula perbelanjaan, perkhidmatan rakyat tidak terjejas: MOF
1 jam lalu· Isu semasa
Spekulasi ADUN UMNO kembali jadi Exco disangkal Jalaluddin
1 jam lalu· Politik
Amirudin enggan layan desakan pecat Exco UMNO di Selangor
4 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa, isu adat tak dicampuri: Fahmi
5 jam lalu · Politik
Kamil nafi beri layanan seperti ‘lembu’ didakwa Akmal
5 jam lalu · Politik
UMNO Negeri Sembilan minta sidang DUN disegerakan
5 jam lalu · Politik
Wanita PKR bidas tindakan 14 ADUN UMNO cetus krisis di Negeri Sembilan
5 jam lalu · Politik
Saman fitnah: Pengarah Strategi Pemuda PAS Perak diarah bayar RM250,000
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok