Rafizi Ramli.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berpandangan kemelut politik di Negeri Sembilan kini mula menunjukkan kesan luar jangka, khususnya terhadap UMNO.
Menurut Rafizi, langkah UMNO yang dilihat cuba mengambil alih jawatan Menteri Besar mungkin dianggap sebagai strategi semula jadi untuk mengukuhkan kedudukan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).
Tambahnya, UMNO mungkin merasakan mereka masih gabungan paling kuat ketika Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) berdepan isu dalaman masing-masing.
Rafizi berkata, tindakan di Negeri Sembilan juga mungkin dilihat sebagai permulaan untuk mencetuskan tekanan agar pilihan raya negeri diadakan lebih awal di beberapa negeri lain seperti Johor dan Melaka.
“Dari situ, mereka mungkin menjangka ia boleh membina gelombang kemenangan besar dalam PRU-16 secara solo,” katanya.
Namun begitu, beliau menegaskan kesan sebenar yang tidak dijangka oleh UMNO ialah reaksi pengundi, terutama golongan atas pagar.
Menurutnya, tindakan tersebut secara tidak langsung mengingatkan kembali sebab utama UMNO mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya lalu.
“Pengundi atas pagar hari ini lebih sukar dipengaruhi. Pandangan mereka yang bebas inilah yang mencetuskan kesan luar jangka terhadap langkah politik seperti ini,” jelasnya.
Rafizi turut menekankan fenomena “kesan luar jangka” semakin ketara dalam era media sosial.
Katanya, setiap keputusan politik kini ditafsir oleh rakyat melalui pelbagai sudut pandang yang berbeza.
“Dulu mungkin naratif boleh dikawal melalui saluran tertentu, tetapi hari ini tidak lagi. Tujuan asal sesuatu tindakan mungkin berbeza, tetapi akhirnya ia dinilai berdasarkan persepsi yang terbentuk dalam kalangan rakyat,” katanya lagi.
Kemelut di Negeri Sembilan ini dilihat sebagai sebahagian daripada landskap politik baharu negara, di mana keputusan strategik parti bukan sahaja dinilai dari sudut dalaman, tetapi juga reaksi pantas rakyat yang semakin kritikal dan bebas dalam membentuk pandangan.
Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa, isu adat tak dicampuri: Fahmi
Kamil nafi beri layanan seperti ‘lembu’ didakwa Akmal
UMNO Negeri Sembilan minta sidang DUN disegerakan
Krisis Negeri Sembilan: Tony Pua dakwa UMNO main ‘tebuk atap’ dan tamak
Wanita PKR bidas tindakan 14 ADUN UMNO cetus krisis di Negeri Sembilan
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan