Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi.
UMNO mengambil pendekatan sederhana dalam menangani krisis politik di Negeri Sembilan dengan mengekalkan sokongan kepada kerajaan negeri, walaupun menghormati pendirian 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik balik kepercayaan terhadap Menteri Besar, Aminuddin Harun.
Setiausaha Agung parti, Asyraf Wajdi Dusuki berkata parti itu tidak bercadang mendesak pilihan raya negeri dalam masa terdekat, sebaliknya memberi keutamaan kepada kestabilan politik.
“UMNO Malaysia berpendirian untuk menghormati Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional yang kekal hilang kepercayaan kepada Menteri Besar.
“Namun, UMNO terus menyokong Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan bagi memastikan kestabilan dan kesejahteraan rakyat terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan selepas mesyuarat biro politik parti itu.
Kenyataan tersebut mencerminkan usaha UMNO menyeimbangkan tekanan dalaman parti dengan komitmen terhadap kerajaan gabungan bersama Pakatan Harapan (PH).
Pada masa sama, parti itu juga berhasrat mengadakan perbincangan dengan kepimpinan PH bagi meredakan ketegangan, selaras dengan mekanisme rundingan yang dipersetujui dalam kerajaan perpaduan.
Mesyuarat biro politik yang berlangsung di ibu negara itu turut dihadiri Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan, serta Pengerusi Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias.
Krisis ini tercetus apabila 14 Adun BN mengumumkan penarikan sokongan terhadap Aminuddin, susulan ketidakpuasan hati terhadap cara beliau menguruskan isu melibatkan institusi diraja di negeri berkenaan.
Pendirian terbaru UMNO ini menunjukkan parti itu masih komited mempertahankan kerajaan sedia ada, sambil membuka ruang perbincangan bagi menyelesaikan kemelut dalaman tanpa menjejaskan pentadbiran negeri.
Spekulasi ADUN UMNO kembali jadi Exco disangkal Jalaluddin
Amirudin enggan layan desakan pecat Exco UMNO di Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa, isu adat tak dicampuri: Fahmi
Kamil nafi beri layanan seperti ‘lembu’ didakwa Akmal
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan