Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Anthony Loke menyifatkan dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan penyaluran dana besar kepada entiti yang didakwa haram sebagai tidak berasas, malah menyifatkannya sebagai fitnah serius.
Menurut Setiausaha Agung DAP itu, tuduhan dibuat oleh Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard itu turut cuba mengaitkan isu berkenaan dengan kemelut institusi diraja di Negeri Sembilan dan sifatkannya sebagai cubaan mengeruhkan keadaan.
“Dia cuba mengaitkan saya kononnya memberi dana kepada pihak tertentu untuk mencetuskan kekacauan dalam institusi undang. Ini satu fitnah besar,” katanya dipetik laporan media.
Terdahulu, Setiausaha Politiknya, Ho Weng Wah telah membuat laporan polis di Seremban susulan hantaran media sosial oleh Chegubard.
Isu ini timbul dalam suasana politik yang semakin hangat, dengan pelbagai pihak cuba mengaitkan pemimpin kerajaan dengan konflik institusi negeri.
Namun Loke menegaskan tuduhan tersebut tidak mempunyai asas dan bertujuan mencemarkan reputasinya serta parti.
Dalam perkembangan sama, beliau menekankan DAP kekal menyokong kepimpinan Menteri Besar Aminuddin Harun dan menolak sebarang usaha untuk menukar kepimpinan negeri.
“Kami berdiri teguh menyokong kepimpinan sedia ada dan tidak bersetuju dengan sebarang percubaan untuk menggugat kestabilan pentadbiran negeri,” katanya lagi.
Loke menegaskan fokus utama kerajaan kini adalah memastikan pentadbiran berjalan lancar tanpa gangguan isu yang tidak berasas.
Proses ambil keterangan Rafizi bersambung lagi pada hari ketiga: SPRM
UMNO sedia bertanding solo PRN Johor: UMNO Pasir Gudang
UMNO kekal bersama kerajaan Negeri Sembilan, tak jadi pembangkang: Zahid
PH dan UMNO bertemu malam ini bincang isu MB Negeri Sembilan: Laporan
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan