 
						ADUN Kuah, Amar Pared Mahamud.
Amar Pared Mahamud membidas bekas ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sebagai tidak layak untuk bercakap mengenai soal Parti Bersatu kerana dirinya sendiri tidak mempunyai kredibiliti.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah itu mengkritik Wan Ahmad Fayhsal susulan kritikannya terhadap bekas partinya, Bersatu selepas digantung keahlian kerana melanggar disiplin.
“Tindakan dan kenyataannya jelas memperlihatkan niat jahat serta agenda peribadi terhadap parti. Ia menyerlahkan sikap oportunis politik yang sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan diri sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.
Amar Pared juga mendakwa Wan Ahmad Fayhsal tidak mempunyai pengaruh akar umbi, malah pemilihan bahagian pun tewas sebelum ini dan sering mencari jalan selamat dalam karier politiknya.
“Ketika menjelang Pilihan Raya Umum ke-15, beliau dilaporkan melobi untuk bertanding di beberapa kerusi Parlimen ‘selamat’ sebelum akhirnya memilih Machang.
“Selepas menang, beliau meninggalkan Bahagian Titiwangsa dan berpindah ke Machang, namun tewas dalam pemilihan bahagian yang lalu,” jelasnya lagi.
Beliau turut menuduh Wan Ahmad Fayhsal gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua Armada dengan tidak menyerahkan daftar perwakilan dan didakwa cuba memanipulasi proses tersebut.
“Individu seperti Wan Ahmad Fayhsal tidak mempunyai asas moral mahupun kredibiliti untuk mengulas tentang Bersatu, apatah lagi untuk mengkritik kepimpinan Muhyiddin Yassin yang telah berjasa menaikkan beliau,” ujarnya.
Amar Pared menegaskan kekuatan Bersatu terletak pada perpaduan ahli di bawah kepimpinan yang sah.
“Hipokrasi dan kepura-puraan tidak akan mampu disembunyikan selama-lamanya. Tiada individu yang lebih besar daripada parti,” tegasnya.
 AMK Selangor desak tindakan tegas terhadap Papagomo hina PMX
AMK Selangor desak tindakan tegas terhadap Papagomo hina PMX Isu arak di sekolah, Pemuda UMNO petik insiden menteri kaki mabuk
Isu arak di sekolah, Pemuda UMNO petik insiden menteri kaki mabuk Isu sajian arak MAS: Ulama PAS bidas sindiran MP DAP sebagai menghina Islam
Isu sajian arak MAS: Ulama PAS bidas sindiran MP DAP sebagai menghina Islam Dihalang masuk Sabah, Albert failkan prosiding hina mahkamah pada Hajiji
Dihalang masuk Sabah, Albert failkan prosiding hina mahkamah pada Hajiji Guan Eng tak puas hati larangan arak di dewan sekolah Cina, anggap langgar tradisi
Guan Eng tak puas hati larangan arak di dewan sekolah Cina, anggap langgar tradisi [VIDEO] Langkah perangi scam dan buli siber diperhebat, buru pesalah
[VIDEO] Langkah perangi scam dan buli siber diperhebat, buru pesalah [VIDEO] Selepas dipecat Bersatu jadi dalang SD, Wan Saiful anggap dirinya jadi mangsa
[VIDEO] Selepas dipecat Bersatu jadi dalang SD, Wan Saiful anggap dirinya jadi mangsa