Rayer jemput Wan Fayhsal sertai blok kerajaan selepas digantung parti

October 15, 2025 · Politik

Suasana di Dewan Rakyat hari ini menjadi sedikit hangat apabila seorang Ahli Parlimen daripada kerajaan secara terbuka menjemput wakil pembangkang untuk ‘menyeberang’ ke blok kerajaan.

Insiden itu tercetus apabila Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer daripada DAP, mencelah ucapan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, yang sedang membahaskan Belanjawan 2026.

Rayer mempersoalkan tindakan parti Bersatu yang menggantung keahlian Wan Fayhsal baru-baru ini, sambil memuji kemampuan berhujah wakil muda itu.

“Saya dukacita. Kenapa kalau kita dah berhemah dan beri penghujahan dalam perbahasan, apa sebab YB digantung?” soal Rayer.

“Ada sesuatu yang betul-betul kena, seorang MP yang berbakat, muda, yang dapat beri nas-nas yang berasas… tak adil langsung apa yang berlaku ke YB,” tambahnya.

Mengakhiri celahannya, Rayer secara terus melontarkan pelawaan kepada Wan Fayhsal untuk menyertai blok kerajaan.

“Saya sokong Machang, saya dukacita, kalau ada apa-apa perkembangan, dijemput datang sebelah sini,” ujarnya.

Namun, pelawaan itu ditolak oleh Wan Fayhsal dan kekal pendirian bersama blok pembangkang.

“Sejujurnya saya pun tak tahu kenapa saya digantung, kena tanya Presiden Bersatu (Muhyiddin Yassin) nanti,” seloroh Wan Fayhsal.

Tindakan disiplin terhadap Wan Fayhsal dan beberapa pemimpin Bersatu yang lain diumumkan pada 13 Oktober lalu, didakwa berpunca daripada pelanggaran perlembagaan parti serta kod etikanya.

Berita berkaitan
Saifuddin bidas pembangkang sesama sendiri pun berpecah
3 jam lalu· Politik
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
October 22, 2026· Politik
Abu Bakar kekal MB Perlis walaupun digantung keahlian Bersatu: Laporan
October 22, 2026· Politik
Kawalan sempadan diperketat, 24,631 pelawat ditolak
October 22, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Zahid: PN hanya dapat tujuh kerusi, tak layan tuntutan lebih-lebih
3 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid jamin Ab Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang
7 jam lalu · Politik
Agihan kerusi Melaka: Khalid Samad sifatkan PAS jadi ‘macai’ BN
7 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
October 23, 2026 · Politik
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
October 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok