Hishammuddin Hussein.
Selepas tiga tahun digantung, Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein kini kembali aktif dalam UMNO apabila Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu memutuskan untuk menarik semula penggantungan beliau.
Dalam satu kenyataan ringkas di Facebook, Hishammuddin meluahkan rasa syukur dan menegaskan komitmennya untuk terus berkhidmat kepada parti serta rakyat.
“Alhamdulillah, penggantungan telah ditarik semula. Saya akan terus berjuang dan berkhidmat, memikul amanah dengan komitmen dan prinsip,” katanya.
Beliau turut mengulangi pendiriannya terhadap parti dengan menyatakan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada UMNO.
Keputusan tersebut dilihat sebagai sebahagian daripada usaha UMNO untuk mengukuhkan semula parti menjelang cabaran politik semasa.
Sebelum ini, Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti bersedia menerima semula mana-mana ahli yang digantung, dipecat atau keluar parti tanpa sebarang syarat.
Langkah ini diperkukuh lagi melalui inisiatif “Rumah Bangsa” yang bertujuan merapatkan kembali barisan kepimpinan dan akar umbi.
Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki terdahulu memaklumkan lebih 6,000 bekas ahli dan pemimpin di pelbagai peringkat telah kembali menyertai parti setakat ini.
Untuk rekod, penggantungan Hishammuddin sebelum ini berkait dengan perbezaan pendirian dalam beberapa isu politik dalaman parti selepas Pilihan Raya Umum ke-15.
Situasi itu mencerminkan ketegangan dalam UMNO ketika berdepan perubahan landskap politik negara.
Amanah gesa dakwaan campur tangan asing disiasat, bukan jadi modal politik PAS
Undi PAS bukan tiket ke syurga: Mujahid
MB Negeri Sembilan tegaskan sokongan kepada Tuanku Muhriz
Syurga bukan milik parti politik: Menteri Agama
Johari: Biar presiden BN-PN bincang kerusi
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum