ADUN PH belum terima notis sidang DUN Negeri Sembilan

14 jam lalu · Politik

Semua 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mendakwa masih belum menerima notis rasmi berhubung Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadual berlangsung pada 26 November ini.

Ketua Pembangkang DUN Negeri Sembilan, J Arul Kumar berkata, notis persidangan sepatutnya diedarkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum tarikh persidangan bagi membolehkan semua ADUN membuat persiapan.

Beliau berkata, sehingga hari ini, pihaknya masih belum menerima sebarang makluman rasmi, termasuk menerusi portal e-Dewan.

“Sepatutnya notis dihantar sebelum 28 hari daripada tarikh persidangan DUN.

“Hingga hari ini kami belum terima notis atau maklumat. Sekiranya mereka hantar dalam sehari dua ini pun, bermakna persidangan DUN bukan 26 November seperti yang ditetapkan kerana sudah melangkaui tempoh 28 hari,” katanya dipetik laporan BH.

ADUN Nilai itu berkata, kebiasaannya notis persidangan diterima lebih awal, malah sekitar dua bulan sebelum tarikh ditetapkan bagi memberi ruang kepada wakil rakyat membuat persediaan.

Menurutnya, terdapat beberapa proses perlu diselesaikan sebelum persidangan berlangsung, termasuk penyediaan soalan bertulis dan lisan serta penyelarasan jawapan oleh barisan EXCO dengan jabatan dan agensi kerajaan berkaitan.

“Semua ini ada prosesnya dan perlu mengambil masa lebih satu bulan untuk persiapan. Sebab itu notis perlu diberikan dalam tempoh 28 hari.

“Namun, sehingga hari ini kita belum terima notis. Jadi, cadangan kerajaan negeri untuk mengadakan persidangan pada 26 November memang tidak munasabah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan negeri segera menetapkan tarikh baharu yang jelas bagi membolehkan Persidangan DUN dan pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2027 dilaksanakan mengikut prosedur ditetapkan.

Selasa lalu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim memaklumkan kerajaan negeri masih mengekalkan perancangan asal untuk mengadakan Persidangan DUN pada 26 November ini, diikuti pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2027 pada keesokan harinya.

ADUN Juasseh itu turut memaklumkan kerajaan negeri sedang berusaha mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk merasmikan persidangan berkenaan.

“Insya-Allah, kalau Tuhan izinkan, insya-Allah,” katanya ketika ditemui media selepas melancarkan Kick-Off Pembangunan Sistem e-Tanah Negeri Sembilan.

Perkembangan itu mencetuskan persoalan mengenai jadual sebenar persidangan DUN, terutama apabila pembentangan belanjawan negeri bagi tahun depan turut dijadualkan berlangsung dalam sesi berkenaan.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Abang Long akan jalan 10km dekati pengundi Duyong
6 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Isu kemudahan asas Machap Jaya jadi fokus Ginie jika menang
11 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Azman mahu anak muda Paya Rumput kerja dekat kampung sendiri
November 5, 2026· Politik
Tarikh sidang DUN Negeri Sembilan belum dapat perkenan: Ismail Lasim
November 4, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Najib kembali ke Penjara Kajang, tahanan rumah ditangguh
6 jam lalu · Politik
Manifesto BN-PN: Air percuma, rumah mampu milik jadi taruhan di Melaka
6 jam lalu · Politik
Tahanan rumah Najib ditangguh, AGC teliti isu undang-undang
6 jam lalu · Politik
Muhyiddin gesa jelaskan peraturan tahanan rumah Najib
6 jam lalu · Politik
Tiada kerjasama rasmi Bersatu-PH, sokongan tetap dialu-alukan: Muhyiddin
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok