ADUN UMNO perlu patuh keputusan kerjasama Negeri Sembilan: Mat Maslan

May 6, 2026 · Politik

14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO di Negeri Sembilan digesa mematuhi keputusan kepimpinan tertinggi parti susulan isu penarikan sokongan terhadap Menteri Besar Aminuddin Harun.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Ahmad Maslan berkata keputusan yang dicapai dalam mesyuarat bersama antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) perlu dihormati semua pihak, termasuk kepimpinan negeri.

“Apabila keputusan sudah dibuat oleh kepimpinan tertinggi, maka perhubungan UMNO Negeri Sembilan perlu akur terhadap ketetapan tersebut,” katanya dipetik laporan media hari ini.

Menurut beliau, mesyuarat itu melibatkan pimpinan utama kedua-dua gabungan, termasuk Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi, dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Hasil pertemuan itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengekalkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan.

Isu ini tercetus selepas beberapa ADUN BN dilaporkan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Menteri Besar, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kestabilan pentadbiran negeri.

Mengulas perkara itu, Ahmad menegaskan soal keyakinan individu terhadap Menteri Besar adalah perkara berasingan, namun keutamaan harus diberikan kepada kestabilan kerajaan negeri.

“Sama ada mereka masih yakin atau tidak kepada Menteri Besar, itu perkara lain. Tetapi dari segi kestabilan negeri, Kerajaan Perpaduan perlu terus disokong,” katanya.

Beliau turut menyuarakan keyakinan semua ADUN terlibat akan akhirnya mematuhi keputusan yang telah dipersetujui di peringkat pusat.

“Saya secara positif melihat mereka akan akur,” katanya.

Semalam, media melaporkan bahawa UMNO dan PH mencapai persetujuan untuk meneruskan kerjasama di negeri itu, menegaskan komitmen kedua-dua pihak terhadap kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.

Berita berkaitan
Onn Hafiz nafi dakwaan Puad, UMNO Johor buat laporan polis
2 jam lalu· Politik
PRN Johor: Agihan kerusi, isu logo BN jadi punca rundingan UMNO-PAS buntu
2 jam lalu· Politik
“Onn Hafiz pak turut, UMNO Johor boneka terikat,” Puad umum keluar UMNO
2 jam lalu· Politik
Puad diminta bertenang, Mat Maslan minta fokus bantu hadapi PRN Johor
17 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Onn Hafiz tak perlu jadi ‘drama king’, Sheikh Umar cabar dedah pihak sekat masuk FELDA
17 jam lalu · Politik
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
17 jam lalu · Politik
PRN Johor: Bekas ADUN Bersatu calon BN di Endau, Onn Hafiz kekal di Machap
17 jam lalu · Politik
Mat Sabu hanya suarakan pandangan, bukan sindir sesiapa: Anwar
18 jam lalu · Politik
Pemuda MCA bidas DAPSY, dakwa tidak faham struktur pentadbiran FELDA
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok