AGC beri penjelasan tak teruskan rayuan kes Rosmah

December 12, 2025 · Isu semasa

Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Rosmah Mansor daripada 17 pertuduhan pengubahan wang haram selepas menilai prospek untuk menang amat tipis.

AGC berkata keputusan dibuat selepas meneliti sepenuhnya alasan penghakiman yang diterima pada 30 Oktober 2025.

“Selepas diteliti secara menyeluruh, kami mendapati tiada asas kukuh untuk membuktikan pertuduhan melampaui keraguan munasabah,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara faktor utama ialah beberapa saksi penting telah meninggal dunia atau tidak dapat dikesan, sekali gus menjejaskan kemampuan pendakwaan membuktikan kes.

“Dalam situasi ini, kesalahan predikat terhadap tertuduh juga tidak dapat dibuktikan,” jelas AGC.

Notis penarikan balik rayuan difailkan pada 9 Disember, seperti yang turut dilaporkan media sebelum ini.

Namun AGC menegaskan langkah itu tidak menjejaskan prosiding lain yang sedang berjalan, termasuk rayuan kes rasuah projek solar hibrid yang masih berada di Mahkamah Rayuan.

“Tertuduh sebelum ini disabitkan atas tiga pertuduhan rasuah dan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta. Pelaksanaan hukuman ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan,” menurut kenyataan itu.

AGC turut menegaskan komitmen untuk memastikan pendakwaan dijalankan secara bebas dan berintegriti.

“Setiap keputusan dibuat berdasarkan undang-undang dan bukti, agar keadilan terus terpelihara,” katanya.

Pada 19 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Rosmah selepas membenarkan permohonannya untuk membatalkan semua tuduhan, dengan mahkamah memutuskan pertuduhan itu tidak berasas.

Rosmah memfailkan permohonan tersebut pada September 2023, manakala perbicaraan bermula pada Ogos tahun sama dengan dua saksi memberi keterangan.

Rosmah sebelum itu mengaku tidak bersalah terhadap 12 pertuduhan pengubahan wang haram bernilai lebih RM7 juta dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada LHDN, yang didakwa dilakukan antara 2013 hingga 2018.

Jika disabitkan, kesalahan pengubahan wang haram membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun serta denda minimum lima kali ganda nilai hasil haram atau RM5 juta.

Tuduhan berkaitan cukai pula dibuat di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 yang mewajibkan pengemukaan borang taksiran setiap tahun.

Berita berkaitan
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
21 jam lalu· Isu semasa
Mahkamah tangguh prosiding bankrap Najib dan anak
September 4, 2026· Politik
Nama diguna tanpa izin, tokoh kewangan tuntut RM10 juta
September 3, 2026· Isu semasa
Bekas COO Tabung Haji masuk hospital, prosiding kes mahkamah ditangguh
September 3, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
3 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
16 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
20 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
20 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok