Pesawat khas membawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Saint Petersburg, Russia bagi lawatan khas bermula hari ini hingga Selasa.
Perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran berserta gambar di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Lawatan Seri Paduka Baginda ke Saint Petersburg adalah atas jemputan khas Presiden Russia, Vladimir Putin.
Terdahulu, pesawat khas membawa Sultan Ibrahim berlepas dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) pada 8.25 pagi.
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj turut berangkat ke LTAS bagi mengucapkan selamat kepada Sultan Ibrahim. – Bernama
Terpedaya peraduan gores dan menang, lelaki rugi RM2,470
Dewan Rakyat lulus peruntukan JPM, tujuh kementerian
Bantuan RM1,000: Lebih 15,000 pemandu teksi, kereta sewa layak terima
MA63: Kerajaan setuju serah kuasa pengurusan buangan kepada Sarawak
Bekas jurufoto Utusan berdepan masalah kesihatan terima bantuan Tabung Kasih Hawana
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum