Agong kurnia surat cara pelantikan kepada lima hakim: Laporan

December 3, 2025 · Isu semasa

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada lima hakim di Istana Negara, di Kuala Lumpur.

Istiadat yang berlangsung di Singgahsana Kecil Istana Negara itu dimulakan dengan pengurniaan surat cara pelantikan kepada Hakim Besar Malaya Datuk Hashim Hamzah.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada empat Hakim Mahkamah Persekutuan, iaitu Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, Datuk Azimah Omar dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Antara yang hadir menyaksikan istiadat berkenaan ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Hashim yang sebelum ini Hakim Mahkamah Rayuan, dilantik bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Tan Sri Hasnah Hashim yang bersara wajib pada 14 Nov lepas.

Che Mohd Ruzima, Mohd Nazlan, Azimah dan Sequerah masing-masing turut berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Rayuan sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Turut hadir Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Peguam Negara Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Selesai istiadat pengurniaan, Seri Paduka Baginda berkenan bergambar bersama-sama para hakim yang baru dilantik. – Bernama

Berita berkaitan
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
18 jam lalu· Isu semasa
Mahkamah tangguh prosiding bankrap Najib dan anak
23 jam lalu· Politik
Nama diguna tanpa izin, tokoh kewangan tuntut RM10 juta
September 3, 2026· Isu semasa
Bekas COO Tabung Haji masuk hospital, prosiding kes mahkamah ditangguh
September 3, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
September 5, 2026 · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
13 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
17 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
17 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok