Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO

September 4, 2026 · Isu semasa

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenan pengisytiharan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak susulan keadaan jerebu yang mencapai tahap membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira nasihat Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak Abang Johari Openg serta agensi berkaitan berhubung tahap kualiti udara di kawasan berkenaan.

“Langkah-langkah yang perlu secara lebih berkesan akan diambil bagi melindungi kesihatan serta kebajikan penduduk yang terjejas,” menurut kenyataan itu.

Pengisytiharan berkenaan membolehkan tindakan lebih berkesan diselaraskan bagi menangani keadaan jerebu serta mengurangkan risiko terhadap penduduk di seluruh Bahagian Serian.

Kerajaan turut memberi jaminan perkembangan keadaan akan dipantau dari semasa ke semasa, termasuk memastikan tindakan mitigasi dan penyampaian maklumat berkaitan kesihatan dilaksanakan dengan segera.

Orang ramai juga akan diberikan nasihat kesihatan dan maklumat terkini berkaitan keadaan kualiti udara bagi membantu mereka mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh jerebu.

Bahagian Serian terletak di selatan Sarawak dan merangkumi beberapa kawasan pentadbiran, termasuk Serian, Tebedu dan Siburan. Kawasan berkenaan turut berdepan episod jerebu ketika berlaku peningkatan pembakaran terbuka dan keadaan cuaca kering.

Pengisytiharan darurat itu berkuat kuasa bagi seluruh Bahagian Serian dan kerajaan dijangka terus menilai keadaan berdasarkan perkembangan kualiti udara serta nasihat agensi berkaitan.

Berita berkaitan
Surat pembubaran DUN Sarawak dihantar kepada SPR
19 jam lalu· Politik
DUN Sarawak bubar secara rasmi hari ini, SPR tentukan tarikh PRN
October 26, 2026· Politik
23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi setakat 4 petang
October 24, 2026· Isu semasa
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
October 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
9 jam lalu · Isu semasa
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
15 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
18 jam lalu · Isu semasa
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
October 26, 2026 · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
October 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok