Jerebu.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini memperkenankan penamatan darurat di seluruh bahagian Serian, Sarawak yang diisytiharkan Jumaat lepas, susulan keadaan jerebu.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira nasihat Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg serta agensi berkaitan yang menunjukkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di kawasan tersebut tidak lagi berada pada paras bahaya.
“Bagaimanapun, keadaan jerebu di Sarawak masih belum pulih sepenuhnya dan bacaan IPU di beberapa kawasan, khususnya Serian dan Samarahan, masih berada pada tahap amat tidak sihat.
“Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak akan terus memantau keadaan dengan rapi dan penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti di luar rumah serta sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa,” menurut PMO dalam kenyataan hari ini.
Setakat 8 pagi ini, Samarahan menjadi satu-satunya kawasan di Sarawak yang merekodkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat, iaitu 226.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), sebanyak 40 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat, 24 kawasan pada tahap sederhana dan dua kawasan pada tahap baik. – Bernama
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum