Akmal kecam DAPSY ‘bengap’ selepas satu lagi insiden insiden bendera terbalik

August 10, 2025 · Politik

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Akmal Saleh, mempertahankan tindakannya mengajak orang ramai mengunjungi sebuah kedai perkakasan di Kepala Batas, Pulau Pinang, bagi mengajar cara pemasangan Jalur Gemilang yang betul.

Dalam kenyataan tegasnya, Dr. Akmal membidas kritikan Pemuda DAP (DAPSY) yang menyifatkan langkahnya sebagai tidak menghormati proses undang-undang dan berunsur intimidasi, ia susulan video tular insiden bendera kebangsaan dikibarkan terbalik di media sosial.

“Apa salahnya saya ingin jumpa dan ajar pemilik kedai itu cara pasang bendera dengan betul? Dulu mereka (DAP) boleh berhimpun sampai terbalik kereta, kenapa tindakan saya yang ingin memastikan bendera negara dihormati ini pula dipertikaikan? Dasar bengap!” tegas Dr. Akmal.

Kenyataan tersebut merupakan respons kepada DAPSY yang sebelum ini mengkritik tindakan Dr. Akmal selepas beliau mengajak rakan-rakan Pemuda UMNO dari seluruh negara untuk hadir ke kedai berkenaan pada Isnin ini bagi menunjukkan cara pemasangan bendera yang tepat.

Insiden terbaharu ini tercetus selepas video tular menunjukkan Jalur Gemilang dikibarkan terbalik di hadapan sebuah kedai perkakasan di Kepala Batas.

Polis Pulau Pinang telah menahan pemilik kedai berusia 59 tahun dan membuka kertas siasatan di bawah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO itu turut mengarahkan semua sayap Pemuda UMNO negeri membuat laporan polis bagi memastikan tindakan tegas diambil terhadap insiden yang dianggap menghina lambang negara tersebut.

Dr. Akmal menegaskan bahawa sebagai rakyat Malaysia, adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan Jalur Gemilang dihormati dan dipasang dengan cara yang betul sebagai simbol kedaulatan negara.

Berita berkaitan
Isu RM2.1 bilion KKDW: Akmal persoal laporan Guan Eng kepada SPRM
23 jam lalu· Politik
PRN Melaka: 14 November hari mengundi, penamaan calon 31 Oktober
October 7, 2026· Politik
BN masih runding, keputusan kerjasama tunggu selepas mesyuarat SPR: Zahid
October 4, 2026· Politik
PRN Melaka: Amanah masih buka ruang kerjasama, tunggu ‘jodoh’ politik
October 4, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PH umum calon PRN Melaka minggu depan
15 jam lalu · Politik
Kemelut Exco: MB Negeri Sembilan minta selesaikan satu-satu
15 jam lalu · Politik
DNAA: Zahid, AG dapat kebenaran cabar semakan kehakiman Badan Peguam
20 jam lalu · Politik
Aminuddin terkejut 10 Exco saman kerajaan Negeri Sembilan
23 jam lalu · Politik
SPRM perlu teliti isu RM2.1 bilion projek jalan luar bandar: AMK
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok