Akta Keselamatan Dalam Talian akan bendung iklan judi, penipuan: Fahmi

May 18, 2025 · Isu semasa

Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA) 2024 yang bakal dikuat kuasa tidak lama lagi dijangka memainkan peranan penting bagi memastikan platform media sosial bertanggungjawab terhadap kandungan yang mereka muat naik terutama dalam melindungi pengguna daripada penipuan dan bahaya lain dalam talian.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata OnSA akan memaksa platform terbabit berkongsi tanggungjawab dalam mencipta persekitaran digital yang lebih selamat.

“Peranan utama akta ini ialah memastikan platform media sosial turut mengambil bahagian dan bertanggungjawab bagi jenis kandungan yang boleh didapati di platform mereka,” katanya.

Fahmi semalam merasmikan sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (WTISD) 2025.

Merujuk kepada penyebaran iklan yang menipu, Fahmi melahirkan kebimbangan terhadap ketiadaan atau kekurangan tindakan oleh platform besar seperti Facebook dalam memadam atau mengeluarkan kandungan berbahaya terutama jika ia adalah berbayar.

“Sebagai contoh, terdapat banyak iklan perjudian dan penipuan tetapi Facebook tidak banyak mengambil tindakan untuk memadam atau mengeluarkannya kerana ia adalah berbayar. Penipu telah membayar untuk semua iklan ini.

“Oleh itu, kami kini menunggu Akta Keselamatan Dalam Talian mendapat perkenan diraja dan sebaik sahaja ia dikuat kuasa, kami percaya OnSA akan memainkan peranan yang penting,” katanya.

Parlimen telah meluluskan OnSA pada Disember tahun lepas dan jika ia dikuatkuasakan, akta itu mewajibkan penyedia platform media sosial memenuhi tiga tanggungjawab utama iaitu memastikan keselamatan platform, melindungi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun dan mengehadkan akses kepada kandungan berbahaya.

Platform terbabit juga dikehendaki mengeluarkan garis panduan pengguna yang jelas termasuk terma-terma penggunaan dan menyediakan mekanisme untuk pengguna melaporkan kandungan berbahaya serta ofensif.

Berita berkaitan
Kerangka baharu bagi graduan hadapi dunia kerja era AI: MCMC
5 jam lalu· Isu semasa
Pesara rugi lebih RM300,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian: Bernama
8 jam lalu· Isu semasa
Suri rumah rugi RM18,408 terpedaya job scam
October 4, 2026· Isu semasa
Menjelang PRN Melaka, J-Kom perkemas strategi komunikasi tangkis berita palsu
October 4, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
PMX mahu tatakelola tanah diperkukuh, pencerobohan dibendung
4 jam lalu · Isu semasa
Subsidi kerajaan turun 40 peratus, bantuan untuk rakyat melonjak
5 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin gesa siasatan telus tragedi Irene Sofiya
5 jam lalu · Isu semasa
MYEG digantung, RM314 juta hasil kerajaan masih tertunggak
8 jam lalu · Isu semasa
130,307 penagih dadah direkodkan setakat Jun
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok