Aktivis Malaysia ditahan regim perlu dibebaskan dalam tempoh tiga hari: Laporan

October 3, 2025 · Isu semasa

Israel perlu membebaskan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) dari Malaysia yang kini ditahan di Kem Ktzi’ot dalam tempoh tiga hari, setelah mereka menandatangani borang Request For Immediate Departure atau ‘Permohonan untuk Pelepasan Segera’.

Peguam Dir Kheizwan Kamaruddin berkata, kesemua rakyat Malaysia yang ditahan itu telah dinasihatkan untuk menandatangani borang berkenaan ketika taklimat perundangan yang diberikan oleh peguam-peguam dari Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) di Tunisia dan Itali.

“Sekiranya sudah menandatangani borang Request For Immediate Departure, mereka akan dibebaskan dalam tempoh 72 jam, iaitu tiga hari.

“Perkara itu dilakukan agar tidak membebankan tahanan dan untuk tidak memanjangkan tempoh masa mereka berada di dalam tahanan pihak rejim Israel,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.

Dir Kheizwan, antara lima peguam dari CENTHRA yang kini berada di Amman, Jordan bagi memastikan kesemua rakyat Malaysia yang ditahan rejim Israel itu mendapat perlindungan undang-undang secara telus dan adil.

Peguam lain yang terlibat ialah Fahmi Abd Moin, Azril Mohd Amin, Ahmad Nazrin Abu Bakar dan Luqman Mazlan.

Dir Kheizwan berkata, selepas borang berkenaan ditandatangani, pihak Israel perlu menghantar pulang rakyat Malaysia terlibat menerusi sempadan yang akan ditentukan.

“Perancangan awal adalah ke Jordan atau pun ke Mesir yang paling dekat,” katanya.

Beliau berkata, peguam Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH) telah dibenarkan berjumpa rakyat Malaysia yang ditahan dan dimaklumkan mereka semua berada dalam keadaan baik, selamat dan masih bersemangat tinggi.

Rakyat Malaysia yang ditahan ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah yang menaiki kapal Hio; Nurfarahin Romli (Farah Lee) dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu); penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga); Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma); Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius).

Selain itu, Razali Awang (kapal Inana); pempengaruh Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali Ardell Aryana (kapal Mikeno); PU Rahmat, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Asmawi Mukhtar, Norazman Ishak (kapal Estrella); Zainal Rashid dan Ustaz Muhammad (kapal Fair Lady) serta Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali Haroqs, Muhd Haikal Luqman Zulkefli dan Taufiq Mohd Razif (kapal Free Willy).

GSF disertai lebih 500 aktivis dari 45 negara belayar menuju ke Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel. – Bernama

Berita berkaitan
Malaysia bida kerusi Majlis Keselamatan PBB
July 13, 2026· Isu semasa
Iran pelawa Malaysia teroka kerjasama bekalan minyak: Laporan
June 23, 2026· Isu semasa
Malaysia-Bangladesh sepakat luas kerjasama pertahanan, pendidikan
June 22, 2026· Isu semasa
Di Kazan, Anwar nyata pendirian Malaysia pertahan keamanan dunia
June 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
8 jam lalu · Isu semasa
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
14 jam lalu · Isu semasa
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
14 jam lalu · Isu semasa
Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000
16 jam lalu · Isu semasa
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
7 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok