Naib Pengerusi Amanah Johor, Dr Zuhan Zain.
Parti Amanah Johor kecam hasrat UMNO yang mahu merampas kerusi Parimen Sri Gading pada pilihan raya akan datang yang kini disandang wakil parti tersebut.
Naib Pengerusi Amanah Johor, Dr Zuhan Zain dalam satu kenyataan berkata UMNO tidak wajar melanggar setiakawan yang selama ini cuba dijaga rakan-rakan dalam kerajaan Perpaduan.
“Lebih memalukan, kerakusan UMNO dilihat semakin menjadi-jadi, apabila secara konsisten menyebut hasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Sri Gading juga milik gabungan PH (Pakatan Harapan).
“Tindakan sebegini tidak mencerminkan jiwa besar atau semangat kerjasama, tetapi hanya mendedahkan kerakusan kuasa dan ketandusan keikhlasan politik,” katanya.
Pada Sabtu lalu, UMNO Bahagian Sri Gading di Batu Pahat meluluskan usul tergempar agar kerusi Parlimen Sri Gading kekal ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).
Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi ketika dalam ucapan perasmiannya, turut bersetuju untuk UMNO mengambil semula kerusi itu daripada Amanah.
Pada PRU-15, Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan menang kerusi Parlimen Sri Gading dengan majoriti 4,000 undi menewaskan Mohd Lassim (Barisan Nasional/UMNO), Zanariyah Abdul Hamid (Perikatan Nasional/Pas) dan Mahdzir Ibrahim (Gerakan Tanah Air/Pejuang).
Mengulas lanjut, Dr Zuhan berkata, kenyataan UMNO itu disuarakan semasa rakyat masih bergelut dengan isu kos sara hidup, pekerjaan dan ekonomi harian.
Amanah Johor tegasnya, ingin mengingatkan pimpinan UMNO khususnya di peringkat negeri agar tidak terus-menerus sibuk berpolitik semata-mata.
Sebaliknya kata beliau, menumpukan perhatian kepada kebajikan rakyat dan menjaga semangat setiakawan dalam kerajaan Perpaduan.
“Saya tidak lupa bagaimana kenyataan saya sebelum ini pernah diselar hanya kerana mengingatkan tentang kerakusan politik UMNO yang mungkin membawa kepada pertindihan tuntutan kerusi.
“Ketika itu, saya akui dan akur dengan nasihat agar menjaga adab dan etika setiakawan dalam pentadbiran Johor,” katanya.
Pemuda PAS Bangi lulus usul putus hubungan dengan Bersatu
AMK persoal sejauh mana komitmen UMNO bersama Kerajaan Perpaduan
Anwar pejuang reformasi sebenar: AMK Johor
UMNO Negeri Sembilan mahu tanding semua kerusi DUN secara solo: Jalaluddin
Gerakan dakwa PAS bertindak sendiri cadang tubuh PN+, tiada perbincangan
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi