Bersatu kekal bertanding guna logo PN dalam PRN Johor, Negeri Sembilan: Muhyiddin

10 jam lalu · Politik

Bersatu menegaskan parti itu kekal sebagai komponen dalam Perikatan Nasional (PN) dan akan terus menggunakan logo gabungan tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berkata kedudukan parti itu dalam PN tidak boleh ditamatkan atau disingkirkan melalui keputusan sebelah pihak kerana sebarang tindakan sedemikian perlu mematuhi peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan gabungan berkenaan.

“Kita akan terus kekal sebagai anggota PN dan tidak ada mana-mana pihak yang boleh mengambil tindakan untuk menyingkirkan Bersatu daripada PN secara unilateral.

“Kalau ikut perlembagaan, ada perkara-perkara dan fasal-fasal tertentu yang perlu dipatuhi. Mereka mesti mematuhi peruntukan tersebut dan perlu mencapai konsensus,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di ibu pejabat parti itu malam tadi.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Naib Presiden Bersatu, Radzi Jidin dan Ahmad Faizal Azumu, serta Setiausaha Agung parti, Mohamed Azmin Ali.

Kenyataan Muhyiddin itu dibuat susulan keputusan PAS yang sebelum ini mengumumkan secara rasmi menamatkan segala bentuk kerjasama politik dengan Bersatu, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai masa depan hubungan antara kedua-dua parti dalam PN.

Namun, Muhyiddin menegaskan Bersatu tidak melihat sebarang asas untuk parti itu disingkirkan daripada gabungan berkenaan tanpa melalui proses yang ditetapkan.

PN ditubuhkan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai gabungan utama pembangkang yang menghimpunkan beberapa parti termasuk Bersatu dan PAS.

Kerjasama antara kedua-dua parti menjadi antara faktor penting yang membantu PN mencatatkan prestasi memberangsangkan dalam pilihan raya tersebut.

Perkembangan terkini melibatkan hubungan PAS dan Bersatu dijangka menjadi tumpuan menjelang PRN Johor dan Negeri Sembilan, memandangkan kedua-dua pilihan raya itu dilihat sebagai medan penting untuk mengukur sokongan rakyat terhadap blok pembangkang selepas beberapa perubahan landskap politik kebelakangan ini.

Berita berkaitan
Sambutan Hari Peneroka ditangguh atas permintaan kerajaan Johor sendiri? – Sumber
June 17, 2026· Isu semasa
Jangan musuhi DAP ketika kempen, berkawan bila berkuasa: Mahfuz
5 jam lalu· Politik
AMK Johor kritik Onn Hafiz dakwa rakyat yang mahu PRN diadakan
6 jam lalu· Politik
PN bukan milik satu parti: Marzuki bidas PAS
6 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Johor: Puad beri laluan kepada calon muda, tak pertahan kerusi Rengit
6 jam lalu · Politik
PAS jangka PRU-16 mungkin diadakan hujung tahun
9 jam lalu · Politik
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
June 16, 2026 · Politik
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
June 16, 2026 · Politik
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
June 16, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok