Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengecam pendirian PAS yang didakwa seolah-olah ‘menghalalkan’ insiden kekecohan yang berlaku semasa proses pengosongan kediaman di Kampung Sungai Baru di sini semalam.
Ketua AMK, Kamil Munim, membidas kenyataan PAS berhubung insiden tersebut dengan menyifatkan ia sebagai satu perbuatan ganas dan biadab terhadap pihak berkuasa yang sedang menjalankan tugas mahkamah.
“Menghalalkan keganasan atau kekerasan fizikal terhadap pihak berkuasa keselamatan dalam keadaan tiada seorang pun penduduk yang dicederakan oleh pihak berkuasa adalah sesuatu yang menuntut kecaman dan kejian dari semua pihak yang cintakan keamanan,” kata Kamil.
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai membalas kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari, yang mengaitkan kekecohan itu sebagai gambaran awal jika Rang Undang-Undang Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) diluluskan.
Fadhli sebelum ini menyifatkan proses pengusiran yang dilakukan ketika rayuan penduduk belum selesai didengar sebagai “amat tidak berperikemanusiaan.”
Namun, Kamil mempersoalkan sikap PAS yang menurutnya hanya menyokong penduduk tetapi tidak mengecam insiden di mana Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman, cedera dalam kekecohan tersebut.
“Apakah PAS kini mahu mengangkat budaya politik melampau menyusuli peristiwa pembacaan Qunut Nazilah baru-baru ini dengan berdiam diri ketika anggota polis dicederakan?” soal beliau lagi.
Kamil menegaskan sebahagian pemimpin PAS yang mengamalkan politik ala khawarij perlu ditentang sekeras-kerasnya demi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara.
Beliau juga menggesa agar siasatan telus dan adil dijalankan bagi memastikan keadilan ditegakkan kepada pegawai keselamatan yang tercedera.
PRN Melaka makin dekat, DUN bubar dua Jumaat lagi Rauf beri bayangan
Dakwa kuasa asing terlibat, kenapa tak lapor polis soal ketua AMK
Tiada retak dalam hubungan PH-BN, kerajaan masih utuh: Chang Lih Kang
PRU-16 awal: AMK dakwa UMNO mahu beri laluan PAS jadi PM
Isu campur tangan AS, PKR Setiawangsa buat laporan polis terhadap Hadi
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum